Tips Dr Zubaidi: 7 Cara Jaga Luka Episiotomi Supaya Cepat Sembuh

Luka Episiotomi memang biasa bagi Ida. Semasa bersalin keempat-empat anak, Ida perlu hadapi proses ini.

Doktor / nurse yang merawat beritahu ia perlu dilakukan kerana nak elak koyakan lebih besar dan parah. Koyakan besar boleh beri risiko tumpah darah.

Apa Itu Episiotomi?

Episiotomi adalah potongan guna gunting khas yang dibuat pada kemaluan atau dipanggil perineum.

Ia mungkin dilakukan pada garisan tengah atau menyerong antara luar faraj hingga punggung.

Bunyinya macam menyakitkan kan? Tapi, sebenarnya ramai ibu tak perasan pun bahagian itu dipotong sebab doktor akan suntik bius terlebih dahulu.

6 Punca Episiotomi Dilakukan

Menurut satu artikel di majalah Pa & Ma, terdapat 6 punca si ibu disaran menjalani episiotomi:

1) Elak luka koyakan yang lebih besar

2) Bahu bayi tersekat (shoulder dystocia)

3) Bayi bersaiz besar

4) Otot perineal yang keras and tidak anjal

5) Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur sehingga boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada ibu

6) Timbul masalah stres kepada bayi atau fetal bradycardia ketika proses meneran

7 Cara Jaga Luka Episiotomi

Ida ada google tentang luka episiotomi ni. Banyak tips yang Ida dapat.

Tips dari Dr Zubaidi ini memang Ida suka dari banyak-banyak tips.

Cara #1: Pek Ais

Letakkan pek ais pada luka yang dijahit.

Ais akan menyebabkan kawasan disekitar luka menjadi ‘rasa kebas’ dan ini mengurangkan sakit serta mengurangkan bengkak

Cara #2: Rendam Air Suam

Rendamkan punggung ke dalam basin yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi membasuh kekotoran di sekitar luka

Cara #3: Jangan duduk/ diri lama

Jangan terlalu lama duduk atau terlalu lama berdiri. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak apabila seorang wanita tidak cukup rehat atau berbaring terlalu lama.

Cuba sesekali bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan.

Cara #4: Kain Kasa Bersih

Jika luka kelihatan berair atau keluarkan air jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih ke tempat luka.

Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain kasa.

Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau darah, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Cara #5: Dedahkan luka

Jika berpeluang bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah kering. Untuk itu, pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang baik.

Cara #6: Telan Paracetamol

Jika rasa sakit dan tidak selesa atau mungkin demam, bolehlah menelan ubat Paracetamol 500mg setiap enam jam. 

Jika tidak mengalami sakit, ubat perlu dielakkan terutama jika menyusukan anak

Cara #7: Tidak Perlu Tanggal Benang

Luka Episiotomi dijangka akan sembuh antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak perlu ditanggalkan oleh doktor kerana ia akan tanggal sendiri.

Jika luka masih tidak sembuh selepas sebulan atau mengeluarkan nanah, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

sumber: http://drzubaidi.com/blog/menjaga-luka-episiotomi/

Set Berpantang Shaklee

Anda risau luka masih lambat baik?
Ida nak syorkan satu produk yang bagus untuk berpantang dan cepatkan baik luka episiotomi, iaitu VIVIX

Vivix tu apa?

Vivix bukan ubat. Ia bukan dicipta untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.

Vivix adalah supplemen / makanan tambahan yang bantu badan melawan penyakit secara semulajadi. Ia bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan serata dunia.

4 bahan semulajadi yang menjadi bahan utama dalam Vivix adalah:

  • Poligonum Cuspidatum
  • Anggur Muscadine
  • Elderberi Eropah 
  • Lobak Ungu
Testimoni

Dapatkan Vivix anda HARI INI. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge