Tips Bina Habit – Ganjaran Yang Nampak

Salah satu buku yang saya suka untuk bina habit yang baik adalah buku Atomic Habits. Buku ini sentiasa di rank tinggi dalam senarai buku paling laris penjualannya. Banyak tips bina habit dalam buku ni dan kebanyakannya adalah mudah diikuti dan praktikal

Antara salah satu tips bina habit yang saya suka adalah dengan menampakkan bentuk ganjaran atas habit yang baru kita nak bina. Nature seorang manusia sukakan instant gratification/ nikmat serta-merta. Habit yang baik ni kalau kita buat, tak nampak kesan serta merta.

Hari ni joging, esok tak pun kurus. Hari ni start saving, esok tak pun jadi kaya. Hari ni baru nak belajar bisnes, esok tak pun dapat income ribu-ribu. Dah memang lumrahnya begitu. Tak boleh nak elak.

Sebab tu orang keep makan banyak walaupun dia tahu ia tak bagus. Sebab nikmat serta merta yang dia dapat iaitu kenikmatan makan. Begitu juga dengan orang yang masih kekal merokok. Mereka akan dapat kesan hilang stress dia dapat serta merta walaupun sementara. Berbanding struggle yang untuk berhenti merokok yang bukan seminggu dua nampak kesannya. Begitu juga addiction yang lain seperti menonton TV, scroll newsfeed facebook dan menonton movie.

Jadi, salah satu cara nak kita ubah habit adalah dengan menjadikan REWARD/ GANJARAN TU OBVIOUS / NAMPAK.

Paling mudah adalah dengan mengambil satu balang. Setiap kali kita dapat buat habit baru / tinggalkan habit lama, masukkan sejumlah wang dalam balang. Contohnya RM5 .Setiap kali kita dapat pergi joging, kita masukkan duit. Setiap kali dapat tahan diri dari minum air bergula, kita masukkan duit. Setiap kali kita dapat buat prospecting, kita masukkan duit.

Lama-lama, kita akan nampak ada progress yang baik bila kita amalkan habit / tinggalkan habit lama melalui jumlah duit dalam balang tu. Kita sendiri cipta instant gratification/ nikmat serta merta. Tak mustahil lepas ni, kita automatik boleh stick dengan habit itu begitu sahaja. Menarik kan?

Marilah kita cuba amalkan tips dari buku Atomic Habit ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge