Sejak Ia Hilangkan Gemuruh Saya, Kini Saya Jadikan Ia Hobi

Mesti tertanya-tanya apa bendanya kan?
Nampak suspen
Tapi ia satu perkara mustahil yang kini jadi tidak mustahil kerana HOBI baru saya ini.

Satu ketika dahulu, saya seorang yang mempunyai darah gemuruh yang sangat kritikal. Saya seorang yang adventure, saya sukakan cabaran, tetapi kelemahan ini telah menyebabkan banyak benda saya mustahil nak capai.

Walaupun ada kelemahan ini, saya tetap seorang pemimpin satu ketika dahulu.

Saya seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti saya satu tika dulu. Memikirkan betapa teruknya saya bercakap sebagai seorang leader dahulu kerana gemuruh, saya telah isytihar salah satu perkara mustahil untuk saya adalah menjadi pengacara majlis. Haha.

Perkara paling memalukan bagi saya adalah ketika satu conference yang saya hadiri di USM. Salah seorang panel ketika itu adalah menteri. Saya hanya ingin bertanya soalan, tetapi kerana gemuruh, mulut saya yang bergerak, suara tak keluar.

Bersama Arwah Dr Lo Lo ketika ke Kongres bersama adik

Salah seorang pemimpin tertinggi di Kolej di UPM

Ahli panel kesian kat saya, sehingga menyuruh saya tulis soalan pada kertas. Saya sangat malu.

Saya berjaya melepasi ujian bertulis lapisan pertama Pegawat Tadbir Diplomatik (PTD), tetapi kerana saya gemuruh, saya gagal melepasi ujian public speaking.

Gemuruh saya tetap ada walaupun saya menjadi pensyarah.

Jika saya perlu handle meeting yang dihadiri oleh 5 – 6 orang sekalipun dikalangan rakan sekerja, saya tetap tak boleh control gemuruh saya.

Macam-macam cadangan untuk hilangkan gemuruh saya buat, tapi tak semua jadi sehinggalah saya jumpa buku ini.

Buku Magic Saya

Betul.

Buku yang berjaya hilangkan gemuruh saya. Seingat saya, buku ini saya terfikir nak beli dari group coaching Shaklee saya.
Bab ke 3 dari buku ini sangat membuka mata saya. Build Confidence, Conquer Fear. Page 49.
Rupanya masalah gemuruh saya adalah berpunca dari kurang confidence pada diri saya sendiri. Saya sangat memikirkan apa orang kata kepada saya, saya rasa ‘kecil’ berbanding orang lain. 

“Keep this two points in mind when dealing with people. first: the other fellow is important. Emphatically, he is important. Every human being is. 

But remember this, also: You are important too. So, when you meet another person, make it a policy to think,”We’re just two important people sitting down to discuss something of mutual interest and benifits”

Ada banyak lagi kata-kata dalam buku itu yang mengetuk minda saya, saya tak patut rasa ‘kecil’ lagi berbanding orang lain. 
Dan, automatik, darah gemuruh saya berkurang. Kini saya boleh bercakap dengan selesa bersama orang lain. Oh bahagia. 

Yang kelakarnya, sejurus selepas saya baca bab itu, saya terus ingin tegur ketua jabatan saya, yang selama ini kalau saya nampak beliau dari jauh, saya pasti pusing cari jalan lain supaya tidak bertembung. Kantoi! hahaha.

Panjangnya cerita sebelum saya declare apa HOBI saya.

Ya. Hobi saya adalah Membaca Buku Self Help / Motivasi

Buku Favourite saya sehingga kini adalah THINK BIG. 

5 Buku Self Help Favourite saya adalah:

1) Law of Universal Attraction

2) Who Move My Cheese

3) No Excuse from Brian Tracy

4) 21 Kunci Pemimpin Efektif

5) The Success Principle Edisi Bahasa Melayu

Dan banyak lagi buku Self Help yang saya kumpul sikit demi sikit.

Saya tidak suka membaca satu tika dulu. Benarlah apa yang Dr. Muhaya kata. Kita adalah apa yang kita baca. Banyak perkara baru saya belajar dari membaca.

  • Saya belajar buat Vision Board dari buku Law of Universal Attraction
  • Saya dah kurang layan perasaan frust bila gagal buat sesuatu, kesan dari buku Who Moved My Cheese
  • Saya kejar mentor-mentor, hadiri pelbagai majlis ilmu walau ada halangan, hasil ‘hasutan’ dari buku No Excuse.
  • Saya sedar saya perlu buat mentee saya rasa dihargai dan termotivasi selepas baca buku 21 Kunci Effektif
  • Dan saya belajar bagaimana menulis impian dengan betul dari buku Success Principle Edisi Bahasa Melayu. 

Walaupun asyik kena bebel dengan suami kerana buku-buku saya tidak tersusun dan di mana-mana ada terutama berdekatan dengan katil (masa membaca saya adalah ketika baring menyusukan anak dan sebelum tidur), saya doa semoga Allah kekalkan hobi saya ini kerana banyak lagi benda tak elok saya nak ubah dari dalam diri saya.

Ayat macam POYO. Yes POYO is stand for Proud Of Your Own.

Terima Kasih Mentor dalam Shaklee yang banyak ajar saya perkara yang saya tak tahu selama ini. Perubahan besar dalam diri saya selepas masuk Shaklee bukanlah bonus 4 angka yang saya dapat setiap bulan, tapi A NEW ME. Perubahan kepada seorang yang berbeza dari sebelum ini.

Syukur. Alhamdulillah.

Related Posts

12 thoughts on “Sejak Ia Hilangkan Gemuruh Saya, Kini Saya Jadikan Ia Hobi

  1. Suka ayat POYO tu.hehe..betullah, kita pun gemuruh, sebab asyik fikir pandangan org lain, walhal, depa tak fikir apa pun, just interested to know what we want to say. 🙂

  2. Hebat buku2 ni, dan hebat mereka2 yang membacanya. insyaAllah saya pun nak baca juga buku2 ni. kasi motivasi untuk hilangkan gemuruh ketika bercakap dengan orang.

    "Gemuruh Jiwa, Semangat Membara…" Opss.. hihi

    Salam Perkenalan!

  3. Salam ukhwah!

    Saya dulu pun ada darah gemuruh ni… Tapi yg terbaliknya, bila gemuruh saya bercakap non stop. Kadang2 otak tak pikir lagi, tapi mulut dah laju. huhu. Masalah juga tu.

    Saya pun suka buku Who Moved My Cheese tu. Cerita yg simple dlm olahan pendek mcm buku cerita lebih memberi kesan dr buku yg penuh dengan kata2 serius. Saya juga sukakan buku Peak & Valleys (dr author yg sama).

    Terasa dekat bila baca entry ni. Selamat berkenalan!

  4. SAYA PUN ADA MASALAH YANG SAMA DENGAN puan, darah gemuruh. Mungkin di sebabkan kurang keyakinana diri kot. kalau kena present kat depan. Memang tergagap-gagap. Sekarang pun masih ada lagi. Nak cuba buku yang puan cadangkan insyaAllah. Semoga dapat membantu mengatasi masalah saya..

Leave a Reply to Rika Oktavia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge