Restoren Kegemaran : Warung Mee Calong Beserah | Cabaran 7 Hari Entry

Kalau sebut mee calong, ramai yang akan fikirkan tempatnya.

Ya. Mee Calong adalah makanan popular di Beserah Kuantan. Kuantan banyak tempat, tapi spesifik tempat yang terkenal dengan Mee Calong adalah di Beserah.

Saya pun tak pernah kenal Mee Calong tu apa sehingga saya menetap dan membeli rumah di area Beserah. Nak tahu apa itu mee calong?

Mee calong ni macam mee sup, tapi dia ada tambahan fish ball, telor dan tauhu goreng dalam dia.

ehsan gambar google




Banyak tempat jual mee calong di Beserah, tapi ada satu tempat favourite saya adalah Warung Mee Calong Beserah dan Keropok Beserah

ihsan gambar google

Satu perkara yang ramai orang tidak tahu adalah saya tak suka makan mee kuning. Saya lebih prefer meehoon dan kueteow dari mee kuning.

Tapi warung / restoren ni tak guna mee kuning biasa yang di jual di kedai. Rasa mee kuning dalam Mee Calong Warung ni macam rasa mee lidi. Saya sangat suka sebab takde rasa kapur macam mee kuning biasa.

Senang aje nak jumpa warung ni. Ia berhadapan dengan Petronas Beserah dan dia ada di tepi jalan aje. Signboard besar dan senang nampak.

Rugi sangat kalau datang Beserah dan tak singgah sini. Jom singgah.

Related Posts

One thought on “Restoren Kegemaran : Warung Mee Calong Beserah | Cabaran 7 Hari Entry

Leave a Reply to samson yatie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge