Menakjubkan! 4 Kajian Dari US tentang Omega 3 dan Jantung Yang Perlu Anda Tahu

Oleh kerana Omega Guard sedang dalam promosi, Ida suka search dan google tentang kebaikan Omega 3. Salah satu artikel berkaitan Omega 3 Ida ada jumpa di Sinar Harian.

Mengejutkan.

Ada 4 Kajian dari US berkaitan dengan Omega 3 dan jantung ini memang mengejutkan. Sudah pasti jika ramai yang mengetahuinya, pasti tak akan tinggal supplemen Omega 3 atau ambil makanan tinggi Omega 3 hari-hari.

 

Kajian 1:

Pada tahun 1999, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung. Kesemua pesakit ini telah diberikan suplemen asid lemak Omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan terdapatnya pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45%. Kesan positif terhasil kesan daripada pengambilan Omega-3 yang diamalkan setiap hari selepas tiga bulan dan seterusnya.

 

Kajian 2:

Satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), kaitan di antara makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dengan pengurangan kadar serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat kuat.

Dalam kajian ini, seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu.

Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29% di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut.

 

Kajian 3:

Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega-3 dengan kesihatan jantung yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega-3 i(EPA & DHA) sebagai satu suplemen yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

 

Kajian 4:

Dalam American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 2006, laporan menunjukkan kesan positif pengambilan asid lemak Omega-3 kepada kesihatan jantung.

Ia menyatakan bahawa berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.

 

Orang Eskimo Kurang Penyakit Jantung

Kenal tak orang Eskimo? Ida percaya ramai yang tahu tentang golongan dari artik dan negara sekitarnya ini.

Menurut sumber, masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika.

Ini kerana pemakanan mereka adalah kaya dengan asid lemak Omega-3 iaitu daripada ikan dan makanan laut yang lain, walaupun mereka amat kurang memakan sayur-sayuran.

Pemerhatian saintis di beberapa buah tempat di dunia seperti penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat.

Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Kita di Malaysia pun boleh tiru rutin pemakanan diorang ni, banyakkan makan makanan tinggi Omega 3 untuk tingkatkan kesihatan kita.

 

Supplemen Omega 3 Terbaik

Selepas membaca kebaikan Omega 3 untuk jantung, pasti ramai yang tercari cari supplemen Omega 3

Supplemen Omega 3, Omega Guard adalah minyak ikan terbaik di Malaysia.

Kelebihan Omega Guard berbanding supplemen omega 3 lain:

1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi.

Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

 

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga.

Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran

 

Ingin dapatkan Omega Guard? Sila ikuti cara di bawah

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge