Masker Cerahkan Kulit: Cara Buat Masker Kunyit Langkah Demi Langkah

Biasa kita dengar kunyit untuk goreng ikan.
Semua dapur pasti ada serbuk kunyit. Digaul dengan garam, apa-apa lauk seperti ikan, ayam dan udang siap sedia untuk digoreng.

Buat masker dari kunyit??

Oh no.. Boleh cerahkan kulit?? Macam mustahil kan.

Ya. Ia adalah resepi rahsia yang biasa digunakan untuk wanita india terutamanya bila nak kahwin. Ia biasa dicampur dengan yogurt, susu atau minyak zaitun. Mereka gunakannya untuk cerahkan kulit!

Amaran: Warna kuning kunyit boleh kekal pada kulit cerah, Tetapi warna itu akan hilang dalam beberapa jam.

Bahan-bahan

2 Sudu tepung (untuk pekatkan campuran)

1/4 sudu serbuk kunyit

Untuk Kulit berminyak : 1/4 yogurt kosong, beberapa titik jus lemon

Untuk Kulit Kering: 2 sudu minyak zaitun atau minyak kelapa

Beberapa titis madu

Cara Membuat Masker Kunyit

1. Campurkan tepung dan kunyit 

2. Jika anda kulit berminyak: Campurkan jus lemon dan kacau. Kemudian, campur yogurt sedikit demi sedikit sehingga jadi paste pekat ikut yang kita suka.

3. Jika anda kulit kering: Campurkan minyak perlahan-lahan sehingga menjadi paste pekat.

4. Sapukan pada muka dan leher

5. Biarkan ia kering dalam 15 – 20 minit.

6. Gunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam untuk lap mask dan kemudian bilas muka.

Cuba beberapa kali untuk kesan glowing yang best.

sumber : http://beauty.about.com

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge