Kulit Gelap Akibat Cahaya Matahari Bukan Sunburn. Ramai yang Silap.

Ida tak rasa ramai yang tahu istilah sebenar kulit gelap akibat berjemur. Biasanya orang kita panggil sunburn. Tapi rupanya bukan.

Ida pun baru tahu bila cari bahan berkaitan sunburn. Setiap artikel yang merujuk tentang sunburn semuanya  cerita berkaitan kulit yang bertukar kemerahan. Sebenarnya, istilah paling tepat untuk kulit gelap akibat berjemur adalah suntan.

 

Bagaimana Suntan Terjadi

Kulit kita ada satu bahan dipanggil melanin.

Melanin ni yang beri warna kepada kulit. Mereka yang berkulit gelap ada lebih melanin. Orang yang berkulit cerah mempunyai melanin yang kurang.

Bila kita berjemur, kulit akan hasilkan lebih melanin untuk lindungi lapisan dalam kulit dari rosak. Itu yang menyebabkan kulit bertukar warna.

Menurut sumber, kulit orang berkulit gelap akan bertukar jadi lebih gelap atau dipanggil suntan. Kulit orang yang cerah akan bertukar warna kepada merah atau dipanggil sunburn yang kemudiannya boleh menjadi gelap juga.

Burn – kulit jadi merah

Tan – kulit jadi gelap

Walaupun begitu, dah jadi kebiasaan bagi orang kita panggil kulit gelap itu sebagai sunburn. Bagi ida pasti bukan jadi satu kesalahan dan masalah dengan istilah ini asalkan penggunaannya tidak jauh beza dari maksud sebenar.

 

Cara Hilangkan Suntan Dengan Shaklee

Mungkin anda tercari cari supplemen yang boleh bantu pulihkan sunburn dengan cepat kan?

Pasti anda tidak teragak-agak beli 2 produk shaklee ni bila baca testimoni-testimoni kawan-kawan saya ni.

 

 

ESP Shaklee dan Vitamin C

ESP Shaklee adalah minuman protein yang memberi tenaga. Sel badan kita perlukan protein.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Protein yang cukup membolehkan sel baru terbentuk dengan baik. Sel baru akan gantikan sel mati kerana sunburn dan kulit akan kembali seperti asal semula

Ciri-ciri antioksida yang ada pada Vitamin C boleh rawat kerosakan kulit dari gelombang UV.

Selain itu ia bantu penghasilan kolagen kulit yang bantu kulit nampak lembap dan gebu serta kurang kedutan.

 

Dapatkan Supplemen untuk rawat sunburn/suntan hari ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge