Kenapa Saya Tak Syorkan Herblax Untuk Kurus?

“Ida, aku nak beli herblax. Boleh kurus tak?”

Bingung rasa nak jawab bila ada orang tanya begitu. Ida tak nafikan bila makan herblax, kita boleh kurus dan kempiskan perut, tapi Ida takkan syorkan Herblax untuk kurus.

Kenapa?

Sila baca artikel ni sampai habis dahulu dan Ida akan cerita sebabnya satu persatu.

Ida akan terangkan

  1. Apa itu Herblax

  2. Kenapa Ida Tak Syorkan Herblax Untuk Kurus

  3. Apa Produk Terbaik Untuk Kurus

  4. Siapa yang Berjaya Kurus Dan Apa Yang Mereka Ambil

 

Apa itu Herblax?

Herblax ni memang favourite ramai orang. Macamana boleh tak favourite jika badan akan rasa lebih ringan selepas makan Herblax. Rasa cergas nak buat kerja.

Macamana badan boleh jadi ringan lepas makan Herblax?

Herblax adalah campuran herba terpilih terbaik dalam bantu mencuci usus. Ida percaya ramai yang tahu bahawa 80% daripada penyakit berasal dari usus yang kotor.

Herblax terdiri dari 9 herba

  • Daun Senna
  • Kulit Pokok Buckthorn
  • Likuoris
  • Daun Alfalfa
  • Akar Culver
  • Jintan Hitam
  • Jintan Manis
  • Akar Rhubarb
  • Bunga Mallow Biru

9 Herba ni dirumus khas untuk bantu cuci usus.

Usus kita ni adalah tempat penyerapan nutrien dari makanan yang kita makan. Bila ia berkerak, apapun nutrien tak mungkin dapat diserap dengan berkesan.

Anda juga boleh agak apa jadi pada badan bila nutrien tak cukup. Banyak penyakit boleh datang.

Ada orang yang bijak akan melabur sedikit untuk top-up nutrien menggunakan supplemen, tetapi sia-sia. Ia masih tidak berkesan jika kerak pada usus tidak dibersihkan dahulu.

 

Kenapa Ida Tak Syorkan Herblax Untuk Kurus?

Herblax bukan sahaja boleh bantu cuci usus, tetapi ia juga boleh buang toksin. Toksin dalam badan kita adalah satu punca berat badan bertambah.

Ada orang bila nak kurus, dia amalkan diet tapi akhirnya berat naik semula. Gambar di  bawah ni boleh jelaskan situasi ini.

 

So, merujuk kepada gambar ini, yang mana satu lebih berkesan untuk kurus? Diet atau Detox?

Ya, Detox!

Sesuailah dengan fungsi Herblax. Tapi kenapa Ida tak syorkan pula?

Haa. ida memang tak syorkan Herblax SAHAJA sebab ia takkan berkesan sepenuhnya.  Bila ada orang beli Herblax tapi tak dapat nak turun berat badan, susah juga nak jawab.

Produk utama yang lebih bagus untuk kurus adalah Set Detox Shaklee.

Set Detox Shaklee ada 5 produk:

  • Vivix
  • Herblax
  • DTX Complex
  • Peppermint Ginger Plus
  • Alfalfa Complex

Perasan tak salah satu produk dalam Set Detox adalah Herblax? Memang ia salah satu produk penting dalam set ini.

 

Apa Bestnya Set Detox Shaklee ni?

Walaupun makan Set Detox Shaklee, tapi tak bermakna kita tak perlu jaga makan. Portion makan juga perlu di jaga.

Shaklee ada menyediakan satu menu lengkap 7 hari beserta cara makan Set Detox. Ia disediakan oleh pakar nutrisi Shaklee sendiri yang bertauliah. Di bawah ni adalah contoh menu untuk hari pertama program Detox Shaklee.

 

 

Menu yang disediakan lengkap untuk 7 hari dan sangat mudah untuk diikuti oleh semua. Menarik kan?

Tak perlu tercari-cari menu detox lagi.

 

Ramai Yang Alami Perubahan Setelah Ambil Set Detox

Sebenarnya Set Detox ni baru diperkenalkan oleh Shaklee pada tahun 2016. Ramai yang telah mencubanya termasuk Ida sendiri.

Ida percaya banyak pengakuan mereka di bawah ni sangat mengejutkan. Anda pasti teruja nak cuba set ini selepas membacanya.

 

Testimoni 1: Turun 2 Kg Selepas 4 Hari Detoks

Ini adalah pengakuan sahabat saya Suhaila Abdul. Selepas menempuh cabaran 4 hari berdetoks, kesannya berat badan sahabat saya ni berkurang.

Suka tak kepalang. Bukan mudah nak turun 2 kg dalam masa HANYA 4 hari. Dari 46kg ke 44kg.

 

 

Testimoni 2: Turun 1.4kg dalam masa 5 hari

Perbincangan dalam group wassap sahabat saya ni ada pengakuan dari kak zam yang turun 1.4kg dalam masa 5 hari.

Mereka buat program detoks secara berkumpulan, supaya masing masing dapat saling beri semangat antara satu sama lain.

 

Setelah baca pengakuan di atas, Ida percaya ramai yang tak sabar nak dapatkan Set Detox dengan pakej PERCUMA Menu Lengkap Set Detox 7 Hari.

Jangan berlengah lagi untuk tampil lebih anggun dan sihat dengan bentuk badan lebih langsing dan menarik.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge