Kejayaan bermula dari langkah pertama.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah saya menemui langkah ke arah kejayaan saya yang pertama.

Subhanallah.

Langkah yang dimaksudkan adalah menemui satu alternatif mencapai kesihatan yang terbaik (buat masa ini..). Selama ini, saya mencari-cari banyak cara untuk mengekalkan kecergasan yang pada tahap optimum.

Saya adalah ibu berkerjaya, ibu kepada 3 putera yang sangat cergas. Bekerja selama 8 jam, dan perlu menguruskan keluarga sehingga lewat malam seperti ibu-ibu yang lain. Seperti pengalaman rakan-rakan yang lain, saya juga kerap ‘longlai’ menjelang jam 8 dan 9 malam. Banyak cara untuk saya mengekalkan kecergasan, dan shortcut untuk itu adalah pengambilan kafein.

Betul, saya sangat ketagihan kafein. 

Kini, saya bersyukur saya telah menemui alternatif itu. Mungkin, ada yang lebih baik.. tetapi penemuan ini cukup mengagumkan. Alhamdulillah.

Saya akan bercerita mengenainya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge