Dari Dicadangkan Gagal, Pelajar Ini Bangkit Mendapat Tempat Kedua Pertandingan Projek Terbaik

“Eh, bukan dua orang budak ni yang akak kata nak gagalkan tu ke?”

“Budak ni kan yang asyik kena panggil setiap kali kelas sebab lewat hadir?”

Beberapa soalan saya terima kerana dua pelajar bertuah bawah penyeliaan saya ini.

Beberapa hari lepas, jabatan kami ada membuat Hari Projek di mana semua pelajar semester akhir akan berkumpul mempamerkan projek akhir masing-masing.

Mereka perlu bersedia dengan projek hardware/ software yang berfungsi sepenuhnya beserta persediaan untuk presentation menerangkan tentang projek mereka.

Ingatkan Dah Gagal

Di bawah penyeliaan saya, terdapat 2 kumpulan pelajar projek. Salah satu kumpulan darinya terdiri dari 2 orang pelajar hebat.

Performance mereka sepanjang semester sebenarnya tidak berapa memuaskan. Sebagai penyelia, saya tidak berapa gembira dengan performance mereka dan pernah terfikir bahawa mereka tiada harapan dan masa depan yang cerah.

Keadaan agak berlanjutan 2 minggu terakhir sebelum presentation.

Saya beranggapan mereka perlu extent projek mereka untuk jangka masa lagi, tetapi rupanya semangat yang ditonjolkan sangat mengagumkan.

Usaha Yang Mengagumkan

Dalam dua minggu terakhir, rupanya dalam diam mereka telah membuat persiapan di rumah dan berusaha bersungguh-sungguh memastikan projek mereka berjaya berfungsi.

Mereka send gambar produk yang mereka usahakan siap dengan baik, dan berusaha untuk pastikan ia berfungsi seperti yang saya mahukan.

Tiga hari sebelum presentation, saya meminta mereka hadir pada waktu cuti untuk memberi penyeliaan akhir sebelum presentation.

Pada ketika itu, saya sangat kagum dengan hasil produk yang baik dan komitmen mereka sangat tidak dijangka. 


Status FB ketika menyelia mereka di hari cuti




5 jam yang diluangkan di hari Sabtu Ahad sangat dimanfaatkan dan satu conversation saya bersama mereka yang tidak boleh saya lupa:

“Awak buatlah betul-betul, kalau awak menang nanti, dapat hadiah cash dan duit yang awak  guna untuk hasilkan model ini boleh balik modal” 

Kata saya sambil berseloroh.

Dan ia benar-benar satu DOA

Nilai hadiah yang mereka terima betul-betul SAMA dengan nilai harga kos yang mereka keluarkan untuk model projek yang laburkan.

Mereka berjaya mendapat Tempat Kedua Pertandingan Best Project Award 2016


Mewakili Jabatan dalam pameran peringkat Politeknik

Inspirasi Yang Saya Belajar dari Mereka

1. Setiap kali saya berjumpa pelajar bermasalah, saya tidak pernah label dengan masa lampau mereka. Setiap masa lampau mereka adalah benda yang pernah berlaku dan tidak boleh ubah.

Kita hanya boleh ubah masa depan mereka dengan let them believe mereka ada masa depan yang baik.

2. “Kita tak boleh ubah orang, apa yang kita boleh ubah adalah pandangan mereka terhadap sesuatu”. Kata-kata motivasi ini saya dapat dari seorang motivator dalam radio ikim.

Untuk berubah, hanya diri mereka sahaja yang boleh ubah. Kita hanya bantu mereka ubah paradigma mereka. Apabila paradigma/pandangan mereka berubah, mereka sendiri akan berubah tanpa kita minta.

3. Memaafkan dan memberi peluang kedua adalah sukar, tetapi ajaibnya ia benar-benar boleh ubah dalaman seseorang melalui niat yang ikhlas.

4. Setiap orang ada kemampuan mereka tersendiri. Mungkin hari ini tidak berjaya, tetapi esok mungkin ada harapan pula.

Inspirasi hadir dari pelbagai sumber. Yang penting, ia hanya akan hadir dari ‘filter’ dalam minda kita.
Kita lihat sebagai negatif, ia hadir menjadi bala.
Sebaliknya apabila Kita anggap ia positif, ia akan hadir memberi inspirasi.

Eh, dah boleh buat buku motivasi pula.
Terima kasih kerana membaca.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge