Chocolate Chips Cookies – Pertama Kali Buat dan Menjadi

Alhamdulillah.

Weekend yang lepas adalah weekend yang sangat seronok. Saya sangat suka weekend sebab boleh masak untuk family. Hari bekerja yang sibuk selalu tiada masa untuk masak.

Baru-baru ni saya teringin masak lain dari yang lain, terlihat rakan FB ada buat cookies. Maka saya pun search resepi cookies sebagai kudapan masa lapang bersama anak-anak.

Chocolate Chips Cookies

Dengan menggunakan resepi yang ringkas dan asalkan jadi, saya pun mencari bahan dan mula cuba membuat.

Kacau bahan sebelum bakar
Hasil yang tidak kurang sedapnya

Alhamdulillah, walaupun a few try and error dengan masa dan kepanasan, rasanya sangat sedap.

Resepi yang saya ambil adalah dari blog Hanida Moss

Copy paste dari blog dia.

1. 2 setengah cawan tepung gandum
2. 2 cawan gula perang (saya ni kurang manis, jadi saya gunakan gula perang sahaja tak capur gula castor)
3. 250g butter
4. Setengah cawan serbuk koko. (kalau nak cookies warna gelap sikit gunakan koko, kalau tak nak pun takpe)
5. 1 biji telur grade apa-apa je, belasah :p
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 sudu teh soda bikarbonat
9. 2 cawan chocolate chips (saya campur Hersheys dengan Van Houtan, nak guna Hersheys semua pun takpa!)

Method dia:

1. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Campurkan dalam satu bekas dan gaul biar rata. Campurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat. Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati. Dalam 3, 4 minit.
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk.
6. Masukkan chocolate chips pulak. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.

Adunan memang akan lembik sikit, tu baru jadi. Kalau keras macam doh karipap or donat, tu tak jadi. Make sure masukkan tepung sikit-sikit dan tengok adunan macam mana. Pre-heat oven dalam 10 minits dengan suhu 170 celcius. Sementara tunggu oven panas, letak adunan dalam peti sejuk.
Bakar dan 10-15 minit ikut kesesuaian hasil.

Sila klik blog Hanida Moss ini untuk tengok gambarnya yang menyelerakan.

Sebab-sebab saya pilih blog dia untuk resepi ini. 

Pertama : Sebab sukatan dia tak perlu pakai penimbang. Saya tiada penimbang

Kedua: Sebab dia ada gambar step-by-step yang menarik.

Ketiga: Sebab mentega dia guna terus 250g (seketul gedabak, saya malas nak sukat)

Keempat: Langkah cara buat dia mudah dan difahami oleh beginner macam saya

Saya banyak buku resepi, tapi selagi tak beli penimbang, semua buku itu saya simpan buat pekasam dahulu. Kecuali buku resepi Chef Hanieliza yang tak perlu pakai penimbang.

Eh. Terpanjang pula entri yang patutnya ringkas ini.

Jom cuba. Memang sedap.

Anda pasti ingin membaca >> Resepi Keropok Lekor HomeMade Yang Sedap

TOLONG Jangan Klik Video Kontroversi di bawah ini.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Related Posts

One thought on “Chocolate Chips Cookies – Pertama Kali Buat dan Menjadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge