Buku Berdialog Dengan Allah | Review Buku

Jika disebut berdialog dengan Allah, apa yang anda semua fikirkan?

Dari pandangan Ida yang jahil ni, Ida terfikir tentang luahan rasa, percakapan dan doa harian kita dengan Allah. Ada satu hari, pasti Ida ada lalui waktu sukar, tak tahu nak luahkan kepada siapa.

Jadi, luahkan sahaja dalam doa.

Ada hari planning tak menjadi, ada orang aniaya kita, ada rasa bersalah kepada anak, pasangan ada buat kita kecil hati dan macam-macam lagi ujian. Masa tu, baru nak ingat Tuhan. Baru nak doa. Teruknya rasa diri jahil ini.

Rupanya, apa yang Ida fikirkan tentang dialog dengan Allah, hanya 10% sahaja menepati seperti apa yang penulis buku ini fikirkan.

Haa. Nak tahu buku apa? Jom teruskan baca.

Buku Berdialog Dengan Allah, Dengan Lafaz La Ilaha Illallah, Aku Mencintai Allah.

Buku Berbeza Dari Genre Biasa Dibaca

Buku ni Ida beli di Popular dengan beberapa buku yang lain. Ida adalah seorang yang suka membeli buku sekali banyak. Biasanya cecah RM100.

Buku buku yang dibeli sekali dengan buku Berdialog Dengan Allah

Dari isi kandungan, hingga beberapa perenggan pertama buat Ida tertarik untuk beli buku berhalaman 132 mukasurat ni. Tak pernah kenal penulis ni, tapi kupasannya sangat  menarik dan menyentuh jiwa.

Buku ini sangat berbeza dari genre yang Ida biasa baca iaitu selfhelp dan motivasi. Kali ini teringin nak tambah ilmu dari buku agama pula.

Setelah membaca isi kandungan dan beberapa perenggan awal dari buku ini, Ida terus rasa tertarik untuk beli.

Antara Isi Kandungan Buku Ini

Dialog dan Cinta

Dialog dengan Allah yang diterangkan oleh penulis boleh melalui 4 cara:

  • Melalui perasaan dan fikiran
  • Melalui doa
  • Melalui istighfar
  • Melalui Solat

Akan tetapi, dialog utama yang penulis highlight adalah Dialog melalui Solat dan Tahajud.

Bagi Ida, penulis berjaya meyakinkan pembaca seperti Ida tentang specialnya solat kepada kita dalam membuatkan kita rasa kebesaran dan cinta Allah.

Kita automatik rasa ingin baiki solat dan cuba laksanakan tahajud kerana rasa baiknya Allah kepada kita. Ida yang jahil ni dapat rasa yang sepatutnya Ida perlu lebih tingkatkan rasa kehambaan kepada Allah selepas baca buku ni.

Ada juga diselitkan tips bagaimana tingkatkan khusyu’ dalam solat.

7 Peringkat Solat pun ada diterangkan dari Solat ikut-ikutan hingga Solat Siddiq. Nak tahu lanjut ketujuh-tujuh peringkat Solat ni, kena beli dan bacalah.

 

Menarik ke Buku ni?

Honestly nak beritahu, buku ini adalah bacaan agak ‘berat’. Ia memerlukan penghayatan dan tidak begitu santai berbanding buku penceritaan yang lain.

Ida suka cara kupasannya yang tidak semata-mata meletakkan ayat-ayat AlQuran dan Hadis tanpa huraian yang mudah difahami.

Ada buku yang bila Ida baca tajuk dan isi kandungan, Ida boleh agak apa huraiannya. Tetapi buku ini berjaya membuatkan Ida tidak baca skip skip, malahan membaca dari satu mukasurat ke mukasurat yang lain kerana kupasannya yang baik.

Layout pun sangat menarik dan tidak membosankan. Chapter by chapter yang pendek.

Banyak istilah baru berkaitan agama yang Ida belajar seperti Sunnatullah, Kudratullah, iktisab, Musyahadah dan Muraqabah. Penulis berjaya terangkan istilah ini dengan baik dan mudah difahami oleh orang biasa-biasa macam Ida ni.

Untuk kembali muhasabah rasa cinta dan aktiviti dialog dengan Allah kita selama ini, buku ini ada jawapannya. Marilah kembali kita renung semula nilai solat yang kita laksanakan kepada Allah, adakah ia benar-benar menepati apa yang Allah nak.

Buku yang berbaloi untuk beli dan baca.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge