Barah Paru-paru : 9 dari 10 kes adalah berpunca dari merokok?

Makin ramai yang mengalami barah paru-paru kini. Ia kini dah menjadi punca kematian yang tinggi.

Menurut webmd.com, merokok ada punca 9 dari 10 kes kematian barah paru-paru.

Terkejut kan?

Bagaimana Merokok Boleh Menyebabkan Barah Paru-paru

Rokok bukan sahaja ada bahan kimia yang jadi penyebab barah, ia juga boleh rosakkan sistem pertahanan semulajadi paru-paru. Salah satunya adalah cilia.

rupa Cilia

Apa itu cilia?

Cilia adalah rerambut halus di laluan pernafasan. Rerambut ni bantu melindungi paru-paru dengan memerangkap toksin, bakteria dan virus.

Asap rokok boleh sebabkan cilia gagal berfungsi dengan baik. Maka, bahan kimia penyebab barah mudah diserap ke paru-paru.

Simptom Barah Paru-paru

Barah paru-paru menjadi parah tanpa kita sedar. Biasanya, ketika stage awal, ia tiada tanda ketara.

Tetapi, bila ia semakin teruk, beberapa simptom yang dikenal pasti adalah:

  • Batuk yang berpanjangan dan tidak sembuh
  • Dada sakit terutama bila tarik nafas yang da;am
  • Nafas berbunyi dan semput
  • Batuk sehingga keluar kahak berdarah
  • Letih

Jenis Barah Paru-paru

Terdapat dua jenis barah paru-paru.

1) Small-cell
2) Non-small-cell

Jenis Small-cell lebih agresif dan mudah merebak ke bahagian badan yang lain di peringkat awal. Biasanya jenis Small-cell adalah dari perokok dan jarang terkena kepada yang bukan perokok.

Jenis Non-small-cell merebak lebih perlahan dan biasa ditemui. 85% kes barah paru-paru adalah dari jenis ini.

Risiko kepada Orang Berdekatan

Bukan orang merokok sahaja yang boleh kena barah ini, orang yang terdedah dengan asap rokok dari perokok juga ada risiko terkena barah paru-paru.

Menurut kajian, mereka yang berkahwin dengan perokok mempunyai 20% hingga 30% risiko terkena barah paru-paru berbanding yang berkahwin dengan bukan perokok.

Berhentilah merokok sebelum terlambat. Jika seseorang itu berhenti merokok dalam masa 10 tahun, risiko terkena barah ini akan turun sebanyak 30% hingga 50%.

Berhenti merokok memang susah, sahabat saya yang dah merokok berbelas tahun pun akuinya.

Video di bawah adalah pengakuan ikhlas pengalaman nak berhenti merokok sehingga ke klinik berhenti merokok.

Vivix memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. 

Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin. 

Sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan meningkatkan pretasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix akan menyebabkan sel-sel menjadi aktif menghasilkan tenaga. Jantung dapat berfungsi dengan baik.

Dapatkan Vivix anda HARI INI. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge