Adakah Wanita Mengandung Selamat Guna Bahan Pencuci? 4 Tips Yang Boleh Diikuti.

Sebagai seorang ibu dan wanita, kita dah biasa menggunakan bahan pencuci untuk mengemas dan mencuci rumah. Ada kalanya kandungan untuk bahan pencuci mengandungi bahan yang boleh memberi kesan tak elok kepada wanita mengandung.

Antara syarat untuk menggunakan bahan pencuci ketika hamil atau mengandung adalah:

1. Pastikan aliran udara yang baik ketika menggunakan bahan pencuci tersebut. Ia mengelakkan lebih banyak bahan kimia disedut dalam badan.

2. Pastikan anda menggunakan sarung tangan atau kemeja berlengan panjang supaya bahan kimia tidak terkena pada kulit.

3. Berhati-hati ketika menggunakan bahan pencuci aerosol. Jika terasa pening ketika menggunakannya, sila minta bantuan orang lain untuk mencuci dan menggunakan bahan tersebut.

4. Mencuci ketuhar besar adalah kerja yang menyebabkan kita menghidu asap yang lebih kerana tempatnya yang sempit. Elakkan dari melakukannya ketika mengandung.

Terdapat pelbagai risiko negatif akan terjadi kepada anak dikandung jika si ibu menggunakan bahan pencuci dengan tidak berhati-hati ketika mengandung. Bahan kimia yang dihidu oleh si ibu boleh menjejaskan jantung dan organ bayi dalam kandungan.

sumber: http://www.babycenter.com.my/a1048085/adakah-selamat-untuk-menggunakan-produk-pencuci-semasa-hamil

dan seluruh Malaysia (melalui pos)

SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge