9 Tanda Bayi Tidak Dapat Cukup Susu Badan

“Apasal la asyik nangis aje ni, susu dah bagi dah”

Stress kan bila anak kita asyik nangis aje. Nak kata kembung, tak kembung. Nak kata lapar, susu dah bagi dari tadi. Nampak macam hisap puting aje. Rasa macam dah cukup susu

Di sinilah silapnya bila kita ingat, anak hisap puting dan kenyang serta cukup minum susu badan. Ini tidak semestinya.

Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan bayi tidak dapat susu badan secukupnya terutama ketika awal kelahiran.

1. Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.


2. Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.

3. Bayi anda meragam atau sering letih.

4. Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)


5. Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam. (untuk penggunaan lampin kain)

6. Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.

7. Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.

8. Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.

9. Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Tanda-tanda bayi mendapat susu secukupnya pula adalah:

1. Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.

2. Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.

3. Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.

4. Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.

5. Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.


6. Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

sumber:http://www.babycenter.com.my

——————————————————————

Menyusukan Bayi Pra Matang tak sama dengan yang normal.
Ikuti pengalaman ibu muda ini yang sangat memberi inspirasi


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

dan seluruh Malaysia (melalui pos)

SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge