8 Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 yang Semua Orang Ingin Tahu

Ramai yang tidak tahu kelebihan CoQ10 kepada kita. Enzim yang boleh dihasilkan oleh badan ini sebenarnya banyak manfaatnya. Kebanyakan kajian mengenai kelebihan dan kebaikan CoQ10 telah memberi tumpuan kepada penyakit jantung ,namun terdapat kajian yang menekankan kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada kesihatan tubuh badan yang lain.

Berikut adalah kelebihan dan kebaikan CoQ10 utama yang semua orang perlu tahu. 

1. Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 #1: Merawat penyakit mitokondria


CoQ10 digunakan untuk merawat penyakit mitokondria yang jarang berlaku. Walaupun jarang berlaku, pesakit yang tidak mampu menghasilkan cukup CoQ10 boleh mengalami penyakit mitokondria dan penyakit metabolik lain. Kandungan CoQ10 yang diperlukan perlu dipreskrip oleh doktor untuk mengelakkan simptom-simptom masalah yang mengundang masalah lebih serius seperti masalah penglihatan dan pendengaran, masalah pembelajaran, jantung, hati dan penyakit buah pinggang , penyakit pernafasan dan banyak lagi.

2. Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 #2: Menggalakkan kesihatan Jantung


Banyak bukti menunjukkan mereka yang mempunyai kegagalan jantung mengalami kekurangan CoQ10 dan kepekatan plasma CoQ10 dalam darah adalah penentu jangka hayat akibat kegagalan jantung. Pengoksidaan LDL dipercayai adalah penyebab utama serangan jantung dan strok dan ubiquinol (satu bentuk Koenzim Q10, CoQ10 ) dalam LDL manusia memberikan perlindungan terhadap proses pengoksidaan , melindungi jantung yang sihat.

3. Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 #3: Mencegah Migrain


Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10(CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan mengalami pengurangan diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian . Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam migrain dan sakit kepala.

4. Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 #4: Meningkatkan Tenaga


Kajian telah menunjukkan banyak kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada mereka yang mengalami sindrom keletihan kronik. Ini kerana keletihan yang kronik merupakan gejala kegagalan mitokondria , CoQ10 membekalkan tenaga yang diperlukan untuk mitokondria dan tubuh anda.

5. Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 #5: Merendahkan Tekanan Darah

Ujian klinikal pada tahun 2007 mendapati bahawa kebaikan dan kelebihan CoQ10 adalah setara seperti ubat-ubatan tradisional dalam merawat tekanan darah. Ia merendahkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang merosakkan seperti ubatan moden yang lain.


6. Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 #6: Mengurangkan keradangan


Kajian pertama mengenainya dilaporkan pada tahun 2004 dan disiarkan dalam majalah Lancet ,di mana satu kajian menunjukkan bahawa apabila digabungkan dengan vitamin E semulajadi , Koenzim Q10 atau CoQ10 boleh mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif – dua elemen penting dalam perkembangan dan pembangunan penyakit vaskular.

7. Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 #7: Melambatkan perkembangan penyakit Parkinson


Kajian tentang keberkesanan CoQ10 bakal menjadi satu kejayaan perubatan utama pada masa akan datang , di mana kajian pada tahun 2002 ke atas pesakit Parkinson yang mengambil 1400mg CoQ10 harian mendapati CoQ10 memperlahankan perkembangan penyakit sebanyak 44 %. Fasa 3 kajian ini dibuat pada tahun 2011.Hasil dari kajian ini mungkin membantu merawat pesakit Parkinson di peringkat awal.

8. Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 #8: Membantu pesakit yang sedang menunggu pemindahan jantung


Satu lagi kebaikan dan kelebihan CoQ10 adalah ia boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan pesakit dalam persediaan untuk pemindahan jantung. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2004 mendapati, dengan membekalkan CoQ10 kepada calon-calon pemindahan jantung membawa kepada peningkatan yang ketara dalam simptom klinikal penyakit dan kualiti hidup.

sumber: http://www.vitguide.com/coq10-benefits/

Shaklee menawarkan produk baru untuk bekalan CoQ10 anda iaitu CoQHealth Plus. Hanya satu capsul untuk sehari, mengandungi 30 biji dalam satu botol. Sesuai untuk keperluan sebulan.

Bacaan lanjut:

1) Apa itu CoQ10?

2) CoQ10 boleh bantu untuk Hamil?

Hubungi saya untuk dapatkannya.

Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Related Posts

2 thoughts on “8 Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 yang Semua Orang Ingin Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge