8 Bahan Semulajadi Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam

Mengantuk, lesu dan tidak bertenaga.

Inilah kesan yang akan dialami oleh mereka yang tidak cukup tidur. Kita akan jadi tidak produktif, tidak dapat fokus dalam bekerja dan aktiviti harian.

Ia sangat menyiksakan. Banyak kerja tertunda dan tidak dapat disiapkan dengan sempurna

Umumnya, orang dewasa memerlukan hampir 6-8 jam waktu tidur setiap malam. Tapi bagi anda yang susah nak tidur, nak mencapai target 6-8 jam itu pasti sukar, kan?

Ida faham sangat dengan masalah susah tidur malam itu. Sebab itu Ida ingin berkongsi apa 8 bahan semulajadi yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Moga dengan 8 bahan semulajadi di bawah, anda dapat tidur lebih nyenyak.

 

#1 Teh hitam

Asid amino dalam makanan dan minuman tertentu sebenarnya boleh memberi khasiat pada sistem saraf. Ia membolehkan anda mudah tidur dengan nyenyak.

Salah satu asid amino yang terbaik adalah L-theanine. Zat ini boleh didapati dalam teh hitam, teh hijau dan white tea.

Asid amino mengatasi masalah susah tidur malam dengan mengurangkan rasa cemas jadi anda boleh senang nak tidur. Amalkan teh ini sebelum tidur, jom!

 

#2 Minum white tea

Walaupun white tea mengandungi kafein, namun ia lebih banyak asid amino L-theanine.

Sebuah kajian dari Asian Pacific Journal of Nutrition mendapati gelombang otak akan meningkat jika individu mengambil lebih banyak asid amino L-theanine.

Gelombang otak ini akan memberi rasa relaks pada tubuh, jadi anda akan lebih senang nak tidur!

 

#3 Teh hijau juga bagus!

Teh hijau mengandungi bahan yang dipanggil pektin, bersama asid amino dan alkaloid. Semua bahan ini berfungsi untuk membuatkan fikiran anda lebih relaks.

Teh hijau juga amat berkesan untuk mencegah sleep apnea.

 

#4 Buah lemon

Kandungan vitamin C dalam buah lemon tidak hanya bagus untuk sistem imun badan, malah ia juga memberi nutrisi kepada kelenjar adrenalin.

Lemon membantu sistem saraf manusia menjadi lebih tenang, boleh mengatasi stres dan anda dapat mengatasi masalah susah tidur malam!

 

#5 Buah limau nipis

Sama seperti buah masam lain yang mengandungi vitamin C, limau nipis juga mampu menenangkan sistem saraf dan menghilangkan stres malah rasa cemas yang kita selalu rasa.

Sebab itu buah ini amat bagus untuk mengatasi masalah susah tidur malam.

 

#6 Buah oren

Brain Research Bulletin pada tahun 2015 melaporkan vitamin C yang ada dalam buah oren mencegah ketidakseimbangan memori dan menjaga antioksidan dalam otak.

Hal ini mampu menurunkan masalah susah tidur malam dan memberi tidur yang lebih nyenyak.

 

#7 Kayu manis

Kayu manis memberi nutrisi pada sistem saraf yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah.

Jika anda selalu terbangun di tengah malam, ia biasanya disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang meningkat. Kalau tak mahu asyik terbangun lagi, cuba masukkan kayu manis dalam menu harian anda!

 

#8 Halia

Selain bagus untuk sistem pencernaan, halia juga amat bermanfaat untuk sistem saraf, lebih-lebih lagi dalam mengatasi susah tidur malam.

Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 oleh Journal Bioorganic and Medical Chemistery mendapati halia mampu mempengaruhi reseptor hormon serotonin di otak. Ia memberi rasa lebih relaks.

Jadi ibu dan bapa semua, kalau anda ada masalah susah tidur malam atau insomnia, apa kata anda cuba 8 bahan semulajadi ini?

Moga-moga masalah insomnia anda akan semakin pulih. Semoga maklumat ini bermanfaat buat kesihatan anda!

sumber : https://my.theasianparent.com/susah-tidur-malam-insomnia/

 

Supplemen Untuk Mudahkan Tidur Malam

Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam.

James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:

Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga”

 

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur.

Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement).

Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium.

Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

 

Willian Sears, seorang doktor memberitahu

Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur.

Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur”

 

Dengan membaca punca-punca susah tidur ini dari segi nutrisi, terbukti Ostematrix adalah supplemen paling sesuai untuk bantu tidur lebih lena.

 

KEISTIMEWAAN OSTEMATRIX – KALSIUM SHAKLEE

1) Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D,Zinc, Kuprum, dan boron.

2) Semua nutrien tersebut diperlukan dalam 1 tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita dan menghalang endapan sesetengah mineral.

3) Gabungan nutrisi ini juga membantu kalsium untuk membina tulang yang kuat ketika muda dan mengurangkan risiko osteoporosis.

4) Mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk membantu kalsium diserap ke seluruh fungsi badan.

5) Mengandungi kombinasi kalsium karbonat dan sitrat jadi ia sesuai diambil semasa perut kosong ataupun selepas makan.

Ingin dapatkan Ostematrix?

Ida Ifaz

Call/SMS/Whatsapp : 019-3816167

klik sini : http://www.wasap.my/60193816167

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge