7 Tanda Yang Membolehkan Wanita Hamil Boleh Berbuka Puasa

Islam sangat indah. Wanita Hamil dan menyusu mempunyai kelonggaran untuk berpuasa. Ia bergantung kepada keadaan wanita itu namun tidak mustahil jika wanita yang sarat hamil boleh berpuasa sehingga sebulan penuh.

Namun begita menurut Dr Zubaidi, terdapat 7 tanda Wanita Hamil dibolehkan berbuka puasa.


1. Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selamat 30 minit hingga sejam

2. Rasa loya dan mula muntah sehingga tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.

3. Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi.

Bila dehidrasi berlaku, wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.


4. Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan.

Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan.

Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrient dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.


5. Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan.

Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.

6. Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.

7. Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.

Tips kekal cergas untuk wanita hamil

Kami mengesyorkan agar wanita hamil mengambil ESP dari Shaklee supaya kekal cergas

  • Rasa bertenaga dan tak rasa lapar lepas minum ESP

Call/SMS/Whatsapp : 019-3816167

klik sini : http://www.wasap.my/60193816167

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge