6 Tanda Seorang Wanita Itu Subur Menurut Kata Dr Zubaidi

Hari ini Ida ada terjumpa satu artikel dari Dr Zubaidi berkaitan Kesuburan. Ramai wanita ingin hamil, tapi mereka tidak tahu apa tanda mereka subur dan ada potensi untuk hamil. Ikuti apa yang Dr Zubaidi katakan di sini

6 TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR

Kesuburan seorang wanita dan lelaki apabila seorang lelaki (suami) dapat menghamilkan seorang wanita (isteri) tanpa mendapat bantuan perubatan.

Ada wanita yang sekali saja melakukan hubungan intim dengan suami, terus hamil. Ada yang berkali-kali (dan bertahun-tahun) tetapi masih belum dapat menghamilkan isteri. Ada yang pula yang berjaya hamil, tetapi tidak berjaya meneruskan kehamilan akibat kekguguran.

Untuk menentukan seorang lelaki itu subur atau tidak, pemeriksaan air mani harus dilakukan. Jika bilangan sperma, bentuk sperma, pergerakan sperma dan tiada kecacatan DNA sperma, seorang lelaki itu dikatakan lelaki yang subur.

Bagi wanita, agak sukar untuk menentukan tahap kesuburan mereka. Pemeriksaan hormone, pemeriksaan struktur anatomi sistem peranakan (saluran fallopian, ovari dan rahem), pemeriksaan menentukan beliau tidak ada masalah kesihatan yang kronik seperti diabetis,dan tekanan darah tinggi atau pun masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem peranakan seperti endometriosis, ovarian cyst, Polycystic Ovarian Cyst (PCOS) dan pelbagai masalah lain.

Jadi agak rumit sedikit, jika dibandingkan dengan lelaki.

Ada beberapa tips bagi menentukan seorang wanita itu subur. Namun ia sangat subjektif, kerana pada setengah wanita ciri-ciri ini memang tepat dan ada pula yang tidak berapa tepat.

Antara tips tersebut adalah:

1.Kitaran haid yang tetap pada setiap bulan

Kitaran haid yang teratur dan tetap adalah tanda seorang wanita itu berada dalam tahap kesuburan yang tinggi. Kitaran haid yang normal selalunya antara 21-35 hari. Kitaran haid yang normal mungkin bermakna seorang wanita tidak mempunyai masalah ketidakseimbangan hormone.

Namun begitu masalah kesuburan wanita bukan berkaitan dengan hormone saja. Ia juga melibatkan struktur dalam pelvis seperti saluran fallopian yang bengkok atau tersumbat yang menjadi punca seseorang wanita mengalami masalah ketidaksuburan.

2. Mengeluarkan lendiran jernih dari faraj dengan banyak

Ramai yang keliru berkaitan lendiran faraj. Lendiran yang normal adalah apabila lendiran yang keluar adalah berwarna jernih (bukan berwara kuning), tidak berbau busuk dan tidak menyebabkan kegatalan.

Ia menunjukkan tahap kesuburan yang tinggi apabila ovari telah mengeluarkan telur (berlakukanya ovulasi) dan wanita itu sedia untuk hamil.

3. Darah haid keluar tidak terlalu banyak

Pendarahan haid yang tidak terlalu banyak di awal kitaran haid, menunjukkan seorang wanita ini mungkin tidak mengalami masalah keseimbangan hormone.

Ada wanita yang mengalami darah yang haid yang terlalu banyak pada 2-3 hari pertama dan seterusnya hanya sedikit tetapi berpanjangan melebihi 14 hari.

Ini menunjukkan seorang wanita mungkin mengalami masalah ketidakseimbangan hormone. Ia menyebabkan masalah sukar hamil.

4. Mempunyai bentuk payudara yang baik

Pembentukan payudara seorang wanita semenjak kecil sangat dipengaruhi oleh hormone. Oleh itu jika seorang wanita mempunyai bentuk payudara yang besar dan menarik, ia dikatakan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi. Sementara wanita yang mempunyai payudara yang kecil selalu dikatakan mempunyai tahap kesuburan yang rendah.

Pada saya ia sangat subjektif, kecuali seorang wanita yang mempunyai payudara kecil juga menunjukkan beberapa ciri kekurangan hormone wanita yang lain. Antaranya lambat mencapai usia baligh (keluar darah haid).

Ramai wanita yang mempnyai saiz payudara yang kecil atau sederhana tetapi tiada masalah untuk hamil.

5. Tiada masalah senggugut yang kuat semasa kedatangan haid.

Setiap wanita mengalami ketidakselesaan pada hari pertama ketika kedatangan haid. Ia adalah normal.

Namun jika rasa sakit ini ini terlalu kuat, sehingga berlangsung beberapa hari dan menyebabkan seorang wanita itu tidak boleh menjalankan tugas seperti biasa, kemungkinan beliau mengalami masalah yang lebih serius.

Masalah senggugut yang terlalu kuat mungkin menandakan beliau mengalami masalah lain seperti fibroid, endometriosis atau ovarian cyst. Oleh itu pemeriksaan doctor harus dilakukan bagi mengesan masalah ini. Wanita yang subur selalunya tidak mengalami sakit di kawasan pelvis.

6. Tiada masalah kesihatan yang kronik.

Masalah penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah yang tinggi atau masalah auto-immune disease selalunya menyebabkan seorang wanita sukar untuk hamil. Namun ada juga wanita yang ada masalah ini yang mudah hamil.

Jadi ia bukanlah tanda yang utama menunjukkan seseorang wanita tidak berada dalam tahap kesuburan yang tinggi.

Kesimpulannya adalah apa yang penting apabila seorang pasangan mengalami masalah untuk hamil, buatlah pemeriksaan doctor. Jaga pemakanan, amalkan aktiviti fizikal yang sederhana, kurangkan stress dan pastikan mendapat rehat yang mencukupi.

Semoga bermanfaat.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad

Supplemen untuk Kesuburan bagi Wanita

Bagaimana GLA Complex Membantu Kesuburan Wanita?

Kebiasaannya selepas haid, terdapat peningkatan dalam jumlah mukus serviks atau biasa dipanggil sebagai lendiran serviks. Ia lebih lembap dan lebih licin selepas beberapa hari.

Di antara semua jenis mukus serviks, mukus serviks telur putih adalah yang paling subur. Ia mempunyai ciri yang membolehkan sperma berenang dengan lebih mudah ke dalam serviks. Ia kelihatan seperti putih telur mentah dan boleh dihulur kira-kira 5cm tanpa memutus di tengah-tengahnya.

Kebanyakan wanita boleh hamil dengan mudah tanpa bersusah-payah memerhatikan kewujudan mukus serviks telur putih ini. Tapi bagi sesetengah wanita yang lain, mereka mempunyai sedikit atau tak ada langsung mukus serviks yang menyebabkan kesukaran untuk hamil.

Di sinilah peranan sejenis asid lemak perlu iaitu Gamma Linolenic Acid atau GLA yang meningkatkan kesuburan wanita.

GLA disintesis dan digunakan oleh tubuh badan untuk hasilkan prostaglandins yang penting untuk beberapa fungsi badan termasuklah meningkatkan penghasilan lendir atau mukus serviks yang subur.

GLA ini akan membantu wanita menghasilkan lendiran serviks yang lebih subur dan berkualiti, yang dikenali sebagai ‘mukus serviks putih telur’. Cecair serviks ini sangat subur, nipis, berair dan lebih kenyal. Ia juga sangat membantu sperma untuk berenang melalui uterus, terus ke tiub Fallopio dan terus menuju kepada telur atau ovum.

Lendiran serviks ini juga menyediakan satu medium untuk membantu sperma untuk kekal hidup sehingga 5 hari. Jadi, ini akan memudahkan persenyawaan berlaku di antara sperma dan ovum. Walaupun anda tidak melakukan hubungan intim ketika berlakunya ovulasi.

Berapa Lamakah Jangka Hayat Sperma dan Telur?

Kedua-dua sperma dan telur ovum mempunyai jangka hayat yang berbeza. Sperma biasanya boleh hidup dari 3-5 hari dengan kehadiran cecair serviks ketika waktu subur. Namun, kebanyakan sperma akan mati dalam 1-2 hari selepas ejakulasi walaupun sperma berada di dalam uterus.

Manakala jangka hayat telur ovum pula lebih pendek, antara 12-24 jam sahaja mulai saat telur dilepaskan daripada ovari.

Oleh itu, persenyawaan boleh berlaku bila-bila masa saja apabila sperma hidup bertemu dengan telur hidup. Walaupun sperma tersebut telah berada di dalam uterus seawal 5 hari sebelum ovulasi berlaku.

Jadi di sinilah peranan GLA Complex yang membantu meningkatkan kesuburan wanita dengan menyediakan satu ‘medium mesra sperma’ sekaligus meningkatkan peluang untuk wanita hamil.

sumber

Apa pengalaman Mereka Yang Makan GLA

Pengalaman #1:

Haid kembali normal, disahkan hamil selepas menunggu 6 tahun

 Pengalaman #2:

Dengan izin Allah, berjaya hamil walaupun belum sampai makan sebotol GLA

Pengalaman #3:

Baru makan GLA 1 bulan, dan mengandung.

Pengalaman #4:

Selepas setahun tunggu, disahkan hamil selepas makan GLA tak sampai sebotol.

Pengalaman #5:

Selepas tunggu 6 tahun, berjaya Hamil selepas 2 bulan ambil GLA

Pengalaman #5:

Berjaya hamil selepas 6 tahun

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge