5 Info Kaitan Diabetes dan Rakyat Malaysia Yang Membimbangkan

Diabetes adalah antara penyakit yang makin menjadi penyebab kematian di Malaysia. Pola pemakanan sebahagian rakyat Malaysia yang tidak sihat adalah penyumbang meningkatnya penghidap diabetes.

Berikut adalah 5 fakta dan info tentang diabetes di kalangan rakyat Malaysia yang makin membimbangkan.


Info 1:
Dianggarkan 2.6 juta atau 10 peratus rakyat Malaysia yang mengidap diabetes. Jika trend peningkatan ini tidak berubah, jumlah tersebut akan meningkat kepada 3.38 juta orang pesakit menjelang 2020. (sumber: www.utusan.com.my)

Info 2:
Secara global jumlah pesakit diabetes dikatakan seramai 150 juta dan dijangka meningkat 50 peratus kepada 220 juta pada 2010. Andai masih berterusan dan graf peningkatan tiada penurunan, ia akan mencapai 300juta menjelang 2025. Ia bergantung kepada cara hidup dan pola pemakanan penduduk seluruh dunia. (sumber: www.hmetro.com.my)

Info 3: 
Di Malaysia sahaja, 8.2 peratus rakyat negara ini mendapat kencing manis pada tahun 1996 dan meningkat kepada 11.55 peratus pada 2006. (sumber: www.hmetro.com.my)

Info 4;
Berdasarkan perangkaan rasmi, setiap rakyat Malaysia mengambil purata 24 sudu teh gula iaitu bersamaan dengan 10 gram gula sehari. Jumlah ini mencecah 3.6 kilogram gula yang dimakan setiap bulan. (sumber: Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Info 5: 
Dr. B.S Bains, Presiden Fisioterapi Malaysia dan Ketua Eksekutif rangkaian Klinik Bains mengenal pasti teh tarik sebagai musuh nombor satu kadar tinggi pengambilan gula.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge