5 Habit Harian Yang Boleh Panjangkan Umur dan Kurangkan Risiko Penyakit

Setiap hari, ada sahaja aktiviti kita yang kita tak perasan boleh bantu kurangkan risiko penyakit.

Aktiviti ini mungkin nampak mudah, tetapi ada juga orang yang tidak suka melakukannya. Namun, jika anda tahu bahawa aktiviti ini boleh membawa kebaikan kepada badan, pasti anda tidak akan terlepas untuk melakukannya setiap hari.

Jom semak apa aktiviti dan habit harian yang sangat bagus di amalkan untuk panjangkan umur kita.

Habit 1 :Mempelbagaikan Warna Buah-Buahan dan Sayuran

Mereka yang makan pelbagai warna dan jenis sayur dan buah secara konsisten jarang dijangkiti penyakit kronik. Mereka mempunyai berat badan yang kekal sihat dan hidup lebih lama.

Warna bagi setiap buah dan sayurn mewakili pelbagai nutrien dan antioksida. Ia dapat membantu melawan penuaan dari pelbagai aspek.

Anthocyanins, adalah antioksida yang menyebabkan blueberry berwarna biru dan boleh membantutkan pembesaran sel barah. 

Manakala beta kerotene salah satu kandungan vitamin A yang menyebabkan lobak merah berwarna oren pula boleh meningkatkan fungsi sistem imunisasi badan.

Untuk mendapatkan kepelbagaian sayuran dan buah, Kara Mohr mencadangkan supaya anda beli satu atau dua jenis buah yang baru dan makan buah dan sayur setiap kali hidangan dan boleh dijadikan snek masa senggang.

Habit 2 : Banyakkan makan Asid Lemak Omega 3

Dr Ramin Fazaneh-Far, pakar kardiology di Hospital San Fancisco, dalam kajiannya mendapati siapa yang mempunyai paras EPA dan DHA dalam darah yang tinggi mempunyai kadar penyakit jantung yang paling rendah dan penuaan kromosom paling perlahan.

EPA dan DHA ada dalam ikan seperti salmon, tuna dan sardin. Jika anda tidak suka makan ikan, cubalah ambil supplemen minyak ikan seperti Omega Guard.

Di Malaysia, penyakit jantung adalah penyakit yang menyumbang kadar kematian antara paling tinggi selain barah dan kencing manis.

Dengan mengambil minyak ikan, anda mungkin boleh kurangkan risiko penyakit berbahaya kepada anda dan seterusnya memanjangkan umur.

Habit 3 : Floss / Gosok Gigi Setiap Hari.

Nampak remeh aje, tetapi kesannya hebat. Lagi-lagi boleh panjangkan umur.

Floss dapat buang bakteria penyebab periodontitis dan kaviti gigi. Rupa-rupanya bakteria ini boleh menjejaskan kesihatan lebih teruk dari yang disangka.

Jika bakteria ini terkumpul dalam mulut, ia boleh masuk dalam aliran darah, dan tingkatkan risiko penyakit kardiovaskular/ penyakit jantung yang boleh menjadi pembunuh utama di Amerika.

Dalam Islam juga ada istilah bersugi. Patutlah ia nampaknya cukup penting sehinggakan Rasulullah ada bersabda:

“Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi setiap kali ingin solat”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Ada satu kajian di “Journal of Periondotology” yang membandingkan siapa yang floss setiap hari dan yang floss selang beberapa sehari.

Ia menunjukkan, siapa yang jarang-jarang floss / bersugi mempunyai 86 peratus lebih tinggi potensi bakteria masuk dalam aliran darah  berbanding yang floss setiap hari.

Habit 4 : Minum Banyak Teh Hijau

Teh Hijau mungkin tidak boleh lawan penyakit barah, tetapi ia boleh kurangkan berat yang anda tidak suka pada badan anda.

Teh Hijau ada antioksida dipanggil EGCG yang boleh kurangkan 3 paun dalam 12 minggu dan kurangkan satu inchi ukurlilit pinggang (menurut kajian di “American Journal of Clinical Nutrition)

Banyak kelebihan jika anda amalkan 3  hingga 5 cawan teh hijau sehari. Memang membantu tingkatkan kesihatan dan panjangkan umur.

Anda Pasti Berminat Membaca : 11 Kelebihan Teh Hijau Yang Pasti Anda Ingin Tahu

Habit 5 : Bersenam.

Anda tidak suka bersenam? Anda boleh berpotensi mengalami kesan penuaan lebih cepat. Ini kerana apabila tidak aktif dan berat otot berkurang sebab semakin tua, anda tak mungkin sanggup dibandingkan rupa anda dengan kawan-kawan yang aktif.

Mereka lebih anggun tau!

Pelatih bertauliah di New Jersey, Keith Scott menyarankan untuk kita lebih aktif walaupun dengan gerakan yang mudah.

Berjalan di waktu pagi adalah aktiviti mudah yang sangat bagus. Tidak perlu pergi ke gym untuk bersenam.

Aktiviti mudah yang boleh diikuti adalah seperti bergotong royong, berkebun dan mencabut rumpai dan lalang di rumah memang sangat digalakkan.

Beberapa jam melakukan aktiviti-aktiviti ini sudah cukup untuk tambah beberapa tahun lagi dalam umur anda dan jadikan anda lebih sihat dan kuat.

sumber : http://www.livestrong.com

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge