5 Cara Terap Ciri Kepimpinan Dalam Diri Anak

Anak adalah anugerah, ketika mereka di usia muda ini, kita boleh bantu membentuk peribadi mereka yang positif sebab mereka cepat belajar. Sedangkan kita tak ajar pun, mereka boleh belajar dari pemerhatian apa yang mak ayah mereka buat.

Begitu juga bila kita nak pupuk semangat kepimpinan dalam diri anak. Kemahiran ini boleh dibentuk dari kecil, dan ia membantu si anak menghadapi masa depan yang lebih baik dengan ciri kepimpinan yang ada.

Berikut adalah 5 cara kita boleh terap ciri kepimpinan dalam diri anak.

1. Fokuskan dalam pembentukan kemahiran komunikasi anak. 

Pemimpin yang baik adalah seorang yang pandai berkomunikasi. Ia boleh diterapkan dari awal usia anak dengan membaca dan bercakap.

Jika anak masih belum boleh membaca, bacakan buku untuk mereka dan tingkatkan kemahiran mendengar mereka. Lepas membacakan buku, suruh mereka cerita balik kepada kita.

Jika anak kita sudah pandai membaca, minta mereka baca buku itu. Sambil-sambil itu, kita boleh saling bertanya dan menjawab soalan mereka.

Mungkin ada soalan mereka ala-ala soalan tak logik, layankan aje. Itu sudah cukup membuktikan yang mereka sedang mendengar kita dan belajar untuk berinteraksi.

2. Galakkan mereka berdikari tetapi pastikan dengan cara selamat. 

Mungkin kita tak boleh nak jangka mereka boleh buat sarapan sendiri tetapi kita harus ajar mereka untuk ambil pinggan sendiri, tuang air sendiri dan kemaskan meja selepas makan.

Mereka juga boleh diberi galakan dengan menggunakan mainan. Tutup TV, dan sediakan mainan interaktif yang boleh bina imaginasi mereka seperti mainan yang boleh cipta sesuatu, ataupun main soal-menyoal menggunakan buku.

Jika mereka tiba-tiba berkata “Ala..Bosanlah”, tanya pendapat mereka apa yang mereka nak main. Elakkan dari memberi mereka sebarang cadangan. Ini boleh membantu meningkatkan imaginasi mereka.

3.  Tanam sifat yakin (confidence) dalam diri anak. 

Apabila mereka berjaya melakukan sesuatu, PUJI mereka walau sekecil mana pencapaian itu. Mungkin hanya berjaya ikat tali kasut, atau lebih laju membaca dari sebelumnya.

Mungkin bagi kita ia hanya pencapaian yang kecil, tetapi ia cukup BESAR untuk mereka.

Penghargaan kita sudah cukup membuatkan mereka bangga dengan diri mereka sendiri. Membentuk harga diri anak adalah ASAS dalam membentuk ciri kepimpinan mereka. Seorang pemimpin mesti merasa yakin dengan diri walau apa situasi yang mereka hadapi .

4. Jika anak kita kata dia boleh buat sendiri sesuatu untuk dirinya, biar mereka buat. 

Apa yang mereka cuba buat adalah jauh lebih penting dari hasilnya. Mungkin apa yang mereka cuba buat kadang-kadang semua benda termasuk kemas mainan, nak hidang makanan sendiri.

Walaupun jika hasil yang mereka buat tidak seperti yang kita harapkan atau mungkin kita kena buat semula apa yang mereka buat, PUJI mereka dan jangan buatkan perkara itu untuk mereka.

5. Galakkan mereka berorganisasi. 

Pemimpin harus tahu macam mana nak uruskan masa dan bantu orang lain ke arah sesuatu matlamat. Kita boleh pupuk sifat ini dengan memberi mereka kuasa untuk membuat keputusan.

Contohnya, kita boleh libatkan anak yang tua untuk sama-sama rancang aktiviti untuk pergi bercuti, rancang bagaimana menghias bilik atau biar mereka pilih sendiri aktiviti ko-kurikulum yang mereka nak sertai.

Ia sangat membantu anak meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, kerana perancangan ini kadang-kala melibatkan bagaimana mengatasi masalah masa, kewangan dan persekitaran.

sumber: http://www.ehow.com

  • Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
    dan seluruh Malaysia (melalui pos)
    SMS dan Watsapp : 0193816167

    FB : Ida Ifaz

  • Related Posts

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge