4 Langkah Buat Animasi Mudah Guna Software Percuma

Meletakkan gambar dalam blog memang dah jadi biasa. Kalau tak letak, mungkin nampak kurang menarik.

Bagaimana kalau ingin meletakkan animasi gabungan gambar-gambar menarik seperti dibawah
Nampak lebih menarik kan?
Anda boleh buat sendiri animasi ini, tak perlu nak tempah dari pakar yang lain, dan dengan menggunakan software percuma.
Ya. Software percuma.

Software yang di gunakan

Software yang digunakan adalah Photoscape. Boleh di download secara percuma di link http://www.photoscape.org/ps/main/index.php
Photoscape adalah software edit gambar yang menarik. Yang bestnya, ia adalah percuma.


Langkah- langkah Buat Animasi Mudah

Langkah 1 : Pilih gambar-gambar yang mempunyai saiz yang panjang dan lebar yang sama untuk dibuat animasi.
Contoh gambar saya adalah:

Langkah 2: Buka Photoscape dan pilih Animated GIF
Langkah 3: Pilih gambar-gambar yang hendak dibuat animasi, drag gambar ke ruang atas. Anda akan dapati paparan animasi di tengah. Jika paparan agak laju, tukar speed di ruang kanan software.
Langkah 4: Pilih Change Effect untuk mendapatkan Efek animasi berbeza, lihat contoh dibawah

Animasi Tanpa Efek

Animasi dengan Efek ‘Convert to White’
Macamana langkah-langkah yang ditunjukkan? 
Mudah sahaja kan?
Jom cuba. 
Boleh tinggalkan link entry blog anda di komen di bawah untuk sama-sama share hasil tutorial buat animasi ini.
Selamat Mencuba

Related Posts

3 thoughts on “4 Langkah Buat Animasi Mudah Guna Software Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge