20 Langkah Mudah Perbaharui Keahlian Shaklee

Untuk pertama kalinya, Shaklee telah ambil keputusan untuk perbaharui data-data di dalam simpanan mereka.

Banyak data-data ahli tidak dikemaskini. Ramai ahli yang sudah tidak aktif.

Banyak mesej dan surat yang dihantar oleh Shaklee tidak diterima oleh ahli yang sah.

Untuk mengelakkan pembaziran, maka Shaklee telah mengambil keputusan untuk mengemaskini kini data.

Setiap ahli perlu memperbaharui keahlian, dan duit  tersebut sebenarnya boleh digunakan semula oleh ahli untuk pembelian.

Berikut adalah 20 Langkah Mudah untk perbaharui keahlian.

Persediaan Sebelum Memperbaharui Keahlian

Hanya RM30 sahaja diperlukan untuk perbaharui keahlian. Ahli boleh melakukannya secara online sahaja.

Sila pastikan anda menyediakan kad kredit / kad debit terlebih dahulu, serta telefon yang ada bateri (ada no MSOS perlu diterima melalui SMS)

Selamat Mencuba.

Langkah 1 

Taip alamat http://www.shaklee2u.com.my

Langkah 2

Masukkan No Id dan password anda

Langkah 3

Jika anda lupa password, sila pergi tekan Forgot Password untuk dapatkan semula password

Langkah 4

Jika anda tekan Forgot Password, anda akan masuk satu form lain. Sila masukkan no ID dan tarikh lahir.

Langkah 5

Kemudian Klik Submit.

Anda akan menerima SMS dari Shaklee untuk password sementara yang baru

Langkah 6

Sejurus selepas anda dapat log in ke dalam akaun, Satu mesej akan keluar menyatakan bahawa keahlian anda telah tamat.

Langkah 7

Klik pada Tab Shopping 

Langkah 8

Klik Agree kepada syarat-syarat pembelian untuk meneruskan langkah pembaharuan 

Langkah 9 

Ahli perlu kemaskini alamat terlebih dahulu

Langkah 10

Klik Subscription pada sebelah kiri.

Langkah 11

Pilih Annual Subscription For Distributor 

Langkah 12

Klik Add to Shopping Cart

Langkah 13

Tekan Submit untuk sahkan pembelian

Langkah 14

Tick pada Online Credit Card / Debit Card untuk pembayaran

Langkah 15

Klik Please Comfirm Payment Info jika anda sudah ada rekod penggunaan kad kredit/ debit. 
Klik Add New Card jika belum ada rekod

Langkah 16

Jika anda klik Add New Card, satu form baru akan keluar.
Sila isi maklumat 
  • Card Type (Visa/Mastercard)
  • Card number (16 nombor pada hadapan kad)
  • CVV2 & CVC2 (3 nombor pada belakang kad)
  • Tarikh Expired Card.

Jika anda masih ingin gunakan maklumat yang sama pada masa akan datang, tick pada bahagian maklumat akhir.
Anda tidak perlu masukkan maklumat sama pada pembelian akan datang.

 Langkah 17 

Sila semak maklumat berkaitan untuk pengesahan

Langkah 18

MSOS Code akan dihantar melalui SMS untuk dimasukkan dalam kotak kosong bagi tujuan keselamatan

Langkah 19

Satu mesej akan keluar yang menunjukkan keahlian anda telah diperbaharui

Langkah 20

Akhirnya anda akan menerima Invoice yang menunjukkan pembaharuan keahlian berjaya.
Tahniah!

Yeay.
Lengkaplah 20 langkah mudah untuk perbaharui keahlian.
Sebenarnya duit RM30 (baucer) yang ada di dalam akaun boleh digunakan semula untuk pembelian online. Setiap pembelian RM100 akan ditolak RM10 dari baucer ini.
Awas!
Ia adalah hanya untuk jangkamasa tertentu sahaja. Sila gunakan segera sebelum tarikh tutup.
Pembaharuan keahlian penting supaya anda dapat menikmati penjimatan 20% – 25% harga ahli bagi pembelian produk shaklee.

Sila rujuk upline anda jika ada sebarang pertanyaan.

Related Posts

2 thoughts on “20 Langkah Mudah Perbaharui Keahlian Shaklee

Leave a Reply to syarizah nor-rizan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge