2 Sebab Kena Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin

Ketika Ida browse ke satu page khas untuk Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu, Ida ternampak satu soalan oleh seorang ibu yang bertanya tentang mengapa kena makan laksa sampai setahun selepas bersalin?

Setahun? Lama tu.
Ida memang bukan seorang penggemar laksa, jadi tak terfikir pula dengan soalan itu. Lagipun Ida tak ingat bila last makan laksa. hihi. Jadi tak menjadi masalah lah kalau nak decide berpantang atau tidak.
Tetapi ibu ini memang penggemar laksa, ingin bertanya pendapat ibu-ibu lain.
Ada ke yang tak kenal laksa? 
Ni ha gambarnya
Beratus-ratus komen berkaitan sebab kena pantang makan laksa ni. Ada yang setuju supaya pantang makan laksa, ada yang kata pula mereka tiada masalah makan laksa.
Beberapa blog telah Ida rujuk termasuk blog seorang bidan (http://kakbidan.blogspot.my/) berkaitan pantang laksa ini. 
Hasilnya, ada ilmu baru bagi Ida dan mungkin untuk pembaca sekalian.

Sebab #1: Cara Pembuatan Laksa

Laksa ni dikatakan sejenis makanan yang sejuk. Bila sejuk ia akan menyebabkan urat dalam badan wanita kembang, boleh jadi penyebab demam urat. 
Sesetengah orang mudah terkena demam urat apabila makan makanan berjenis sejuk ini. Badan akan rasa sejuk menggigil tiba-tiba sehingga terpaksa ketap gigi hingga rasa sakit kepala.
Menurut bidan tersebut, laksa dikatakan sejuk kerana cara pembuatannya.
Pertama, beras dimasak, dilenyek dan dibentuk menjadi laksa. Kemudian ia dikeringkan, dan kemudian ia dimasak semula jika hendak dimakan(buat sup, laksa berkuah).
Cara pembuatannya mirip nasi yang dipanaskan banyak kali. Menurut bidan ini lagi, oleh kerana inilah kandungan ANGIN dalam laksa sangat tinggi. 
Sebab itulah ketika berpantang, nasi yang hendak dimakan oleh ibu berpantang tidak boleh nasi yang dipanaskan semula supaya dapat mengelak dari terkena bentan.
Ada pendapat mengatakan, jika nak makan juga, laksa tersebut seeloknya yang dibuat sendiri dari beras.
Ida pun baru tahu perkara ni. 
Siapa di antara reader juga baru tahu ilmu ni? Angkat tangan. Hihi

Sebab #2: Daun Kantan

Dalam blog bidan tersebut, tiada yang menyatakan secara spesifik berkaitan mengapa daun kantan menjadi sebab kuah laksa itu tidak boleh dimakan, tetapi Ida tertarik dengan satu komen ni.
Menurut wanita yang komen ini, nenek dia kata bunga kantan dilarang makan kerana sifat bunga kantan membesar macam jantung pisang. Orang dulu-dulu tidak mahu peranakan wanita mengembang kerana makan kuah laksa yang ada daun kantan.
Ada pendapat mengatakan bunga kantan mempunyai bisa dan panas, tidak sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin.
Sejujurnya Ida ingat orang pantang makan laksa sebab dia ada nenas, timun yang memang ternyata ada angin. Tetapi ini adalah ilmu baru untuk Ida.

Usahlah Dikecam

Zaman sekarang ni, ramai ibu-ibu muda yang ingin bertanya kepastian tentang perkara berkaitan berpantang. Berikan sahaja pendapat dengan baik.
Ida suka mereka yang bertanya sebab ingin dapatkan ilmu. Mereka bukan tidak mahu mengikut petua turun temurun. Kalau nak buat sesuatu, bukankah lebih baik dengan ilmu, bukan ikut melulu.
Janganlah dikecam jika petua tersebut tidak diterima, lebih teruk lagi mendoakan pula mereka yang tidak berpantang mengikut cara kita merasa padah dikemudian hari. 
Raikanlah perbezaan pendapat. hihi
Apa pendapat anda pula tentang berpantang makan laksa? Sila tinggalkan komen ya.

Set Berpantang Shaklee

Ida nak syorkan satu produk yang bagus untuk berpantang, iaitu VIVIX

Vivix tu apa?

Vivix bukan ubat. Ia bukan dicipta untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.

Vivix adalah supplemen / makanan tambahan yang bantu badan melawan penyakit secara semulajadi. Ia bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan serata dunia.

4 bahan semulajadi yang menjadi bahan utama dalam Vivix adalah:

  • Poligonum Cuspidatum
  • Anggur Muscadine
  • Elderberi Eropah 
  • Lobak Ungu
Testimoni

Dapatkan Vivix anda HARI INI. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge