15 Tanda Anda Mungkin Ada Migrain

Arghhhh.
Sakitnya migrain. Hanya yang pernah alami sahaja yang tahu.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara kerap. Sangat sakit dan siapa yang kena migrain akan rasa denyut di sebelah sahaja bahagian kepala. Berguling-guling nak tahan sakit migrain.

Orang yang teruk kena migrain ada yang sampai muntah, loya. Tak boleh kena cahaya, sensitif pada bunyi. Paling kurang kalau kena migrain sampai 4 jam, ada yang kena sampai 3 hari.

Bila kena serangan migrain, satu kerja tak boleh buat. Tidur pun tak boleh sebab sakit sangat. Kena makan painkiller baru lega. Makan painkiller banyak-banyak pun bahaya, boleh effect buah pinggang.

Tapi nak buat macamana, kalau dah sakit sangat migrain, terpaksa telan jugak.

Nak tahu tanda-tanda kena migrain?

Jom semak 15 tanda anda mungkin ada migrain.

Tanda Migrain #1: Aura

Ada ketika orang migrain nampak macam ada bintik-bintik cahaya kat mata, ada garisan cahaya. Ia berbeza ikut orang. Ada yang bentuk zig zag.

Aura ni tak semestinya tanda migrain, tapi kebanyakan orang migrain akan nampak. Punca aura ni mungkin sebab berlaku gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.

 

Tanda Migrain #2: Rasa Tertekan

Orang migrain akan rasa tiba-tiba mood jadi down dan tertekan. Kajian dari American Academy of Neurology 2010 menunjukkan rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain jadi lebih teruk.

Tanda Migrain #3: Kurang Tidur

Orang yang migrain akan tak dapat tidur dengan lena, bangun tidur dengan lesu sebab kerap kena serangan migrain. Ramai yang kena insomnia atau susah nak tidur kesan dari migrain.

Kurang tidur dan migrain pun ada kaitan lain, di mana orang yang kurang tidur juga boleh jadi penyebab migrain.

Tanda Migrain #4: Hidung tersumbat atau mata berair.

Sesetengah orang yang ada migrain mempunyai simptom sinus atau macam resdung. Hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata.

Satu kajian menunjukkan 90% dari mereka yang ada sakit kepala sebab sinus atau resdung mempunyai migrain.(kajian dari GlaxoSmithKline, pengeluar ubat migrain)

Tanda Migrain #5: Keinginan makan yang tinggi

Sebelum serangan migrain, sesetengah pesakit migrain akan ada keinginan makan yang tinggi. Keinginan makan coklat adalah salah satu contoh biasa.

Tanda Migrain #6: Sakit Berdenyut di Sebelah Kepala atau di Kedua-dua belah kepala

Simptom atau tanda ini adalah paling biasa di kalangan orang yang kena migrain. Biasanya ia adalah rasa sakit pada sebelah kepala sahaja.

Dari satu survey online yang dijalankan di kalangan pesakit migrain, 50% selalu mengalami tanda ini dan 34% sahaja yang merasakannya tidak terlalu kerap.

Tanda Migrain #7: Sakit belakang mata

Sakit migrain kadang-kadang di rasai di belakang mata. Ada yang ingat ia disebabkan oleh mata letih, tapi sebenarnya ia adalah tanda sakit kepala dan migrain.

Tanda Migrain #8: Sakit Tengkuk

Sebelum kena migrain, ada beberapa pesakit menyatakan yang tengkuk mereka sakit. Ada juga yang kena sakit tengkuk lepas migrain.

Satu kajian online mendapati 38% pesakit selalu rasa sakit tengkuk dan 31% daripadanya hanya merasai sakit tengkuk kadang-kadang sahaja.

Tanda migrain #9: Kerap kencing

Jika anda merasai simptom kerap ke tandas, anda mungkin mengalami migrain. Ia mungkin fasa pencetus kepada migrain yang berlaku mungkin awal sejam dari kena migrain atau boleh jadi awal 2 hari dari sakit migrain

Tanda migrain #10: Kerap menguap

Kerap menguap juga mungkin tanda migrain akan menyerang. Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk malah ia lebih kerap berbanding biasa.

Tanda migrain #11: Kebas atau hilang deria rasa

Orang yang kena migrain ada juga yang rasa kebas bermula hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka.

 

Tanda migrain #12: Loya dan muntah

Satu kajian yang dijalankan kepada 3700 orang pesakit migrain, 73% mengalami loya dan 29% daripada muntah-muntah. Satu kajian lain mendapati pesakit migrain yang ada loya disebabkan migrain akan merasa lebih sakit dan susah nak baik berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya.

Tanda migrain #12: Sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau

Orang sakit migrain biasanya tak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala mereka bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah sakit.

Tanda migrain #13: Aktiviti yang menyakitkan

Aktiviti biasa seperti berjalan dan naik tangga mungkin menjadi pencetus sakit migrain. Orang yang merasa sakit kepala apabila melakukan aktiviti biasa tersebut mungkin tanda ia akan diserang migrain.

Tanda migrain #14: Percakapan yang susah difahami

Percakapan orang yang kena migrain susah nak difahami.  Gangguan ini mungkin tanda migrain. Namun, jika anda mengalami masalah ini, anda harus membuat pemeriksaan doktor kerana takut ia juga tanda orang yang kena strok.

Tanda migrain #15: Lemah sebelah badan

Tanda ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga tanda kepada strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.

sumber : http://www.health.com

 

Salah satu sumber tentang sakit kepala adalah dari Berita Harian. Video 1 minit di bawah ini ada memberi pesanan supaya berjaga-jaga jika sakit kepala lebih dari 5 hari.

Dalam artikel yang sama, ada menunjukkan perbezaan sakit kepala dalam bentuk gambar

Setakat info yang ida dah tulis ni, ida pasti ramai dah boleh tahu sakit kepala yang dialami adalah migrain atau tidak.

Ramai rakan Ida yang alami migrain mengambil ubat tahan sakit seperti ponstan. Jika mereka tidak ambil ubat tahan sakit ini, kerja pasti tak dapat nak buat dan tergendala. Hanya dapat baring dan berselimut sahaja sepanjang hari.

Ida tak kata pun tak boleh ambil ubat tahan sakit, tapi artikel yang Ida baca di Berita Harian ini sangat mengejutkan. Sila klik link ini untuk berita penuh. Ida letakkan di sini keratan artikel ini.

 

 

Anda ada makan ubat tahan sakit lebih 5 kali sebulan??

Hati-hati, ia boleh memberi kesan kepada buah pinggang anda.

Anda perlu cari cara untuk rawat migrain anda selain dari makan ubat tahan sakit sahaja. Lagipun, artikel dalam berita harian ada menyatakan bahawa ubat tahan sakit hanya akan menyebabkan sakit anda berterusan dan lebih parah.

 

Supplemen Untuk Rawat Migrain

Setelah membaca bahaya pengambilan ubat tahan sakit sehingga boleh jadikan sakit kepala lebih teruk, Ida pasti ramai yang tercari-cari supplemen yang boleh bantu rawat Migrain.

Ida perkenalkan supplemen Shaklee yang boleh bantu rawat Migrain

 

Ostematrix dan B-Complex

Ostematrix

  • Pakar kesihatan percaya migrain berpunca dari salur darah didalam kepala yang mengembang kemudian mengucup secara mengejut.
  • Ostematrix mengandungi magnesium yang penting membantu mengelak pembuluh darah dikepala menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. . 
  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
  • Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang.
  • Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.
  • Kajian juga membuktikan magnesium mengurangkan sakit kepala atau migrain, dan mengurangkan kekerapan ia berlaku.
  • Ostematrix juga membantu tidur dengan lena dan tenang. 
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium.
  • Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B-Complex

  • Punca migrain termasuklah stress dan hormon tidak seimbang. Vitamin B- Complex berfungsi menstabilkan hormon dalam badan. Ia juga merangsang mood gembira dan baik.

 

  • Oleh itu hormon akan stabil dan stress dapat dielakkan, maka migrain turut sama berkurangan. Vitamin B2 dan B6 terbukti mampu mengurangkan masalah sakit kepala, mengelak daripada berulang terlalu kerap.

 

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.
  • Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
  • B complex ni juga dikenali sbg vitamin anti stress so that bila ambil kita lebih tenang nak hadapi tekanan hari2 dan bila kurang stress maka terpancar juga di muka, kulit muka jd lebih berseri2 je.

Testimoni

 

 

 
 Tak sabar nak alami hidup bebas migrain dan lebih tenang?
Dapatkan SET MIGRAIN anda hari ini
ikuti langkah di bawah
klik : http://tipsihatselalublog.wasap.my (direct whatsapp)

Jika anda berminat dapatkan Vivix, sila ikuti langkah di bawah

klik : http://tipsihatselalublog.wasap.my (direct whatsapp)

atau boleh beli sendiri (guna kad kredit) dengan klik icon di bawah:

Related Posts

12 thoughts on “15 Tanda Anda Mungkin Ada Migrain

  1. Smua saya alami. Kcuali muntah dn loya..
    And ade tambahan.. Di celah peha sy sblah kanan.. Iaitu tepi biji klntet ade ketulan atau bnjolan sbesar duit 5sen. Kalo urut ktulan tu.. Dye jdi kcil dn npis. Bila bgun pagi.. Bsar dn bgkak blik.. Migrain ke

  2. Sy sekarang tgh mengalami sakit kepale..sebelum ni pernah jugak..tapi yg sebelum ni sakit pd belakang mata..yg kali ni x sakit tapi kepale sy berdenyut lagi kuat dari sebelum ni..sy bangun tido jerr kepale berdenyut sampai sy kena ketuk2 kepala sy..same jugak time solat,bangun jerr dari sujud kepale sy sakit..batuk dgn bersin pun same..sy ade resdung..migrain ke semua ni?

  3. Hai… sy baru bw web ni. Sy mmg sering dpt sakit kpl…ada kah itu maigrin?. Sy dh tak tahan menanggunh sakit. Boleh tak sesiap bagi tahu..apa berlu sy bt?.

  4. assalammualaikum…saya nak tya. saya ada masaalah mengantuk yang teramat sangat mcm orang yg tidak tidur semalaman sedangkan saya memang cukup tidur. Dah 4 hari mcm ni. mata ni dah pedih sbb mengantuk tu dan sampai sakit seblh tepi kepala. nyut2 tp soft2 je sakit dia. tengkuk pun sblm ni memang ada jg sakit. adakah semua yang saya rasa ni memang simtom2 saya kena migrain. selama ni saya belum pernah kena sakit ni dan jarang sangat sakit kepala. kalau bp saya tinggi tidak jg sbb saya cek sendiri d rmh. tolongla selesaikan masalah saya ni….untuk pengetahuan juga saya memang tidak minum teh atau kopi sebab saya gastrik. saya hya minum milo.

  5. Hai. Dulu sy kurang dah sakit2 kepala ni. Sekarang makin teruk sakit dia. Sakit di bahagian sebelah kepala aje. Rasa dia berdenyut denyut. Tak bole tengok cahaya sangat. Lagi sakit. Lagi lagi kalau naik kereta pasang aircond and cahaya kereta lain dari arah bertentangan. Lagi bertambah sakit.

  6. Saya pula dulu waktu zaman remaja tahun 2009 umur lebih kurang 18/19 dulu sehat saja sehinggalah saya eksiden di langgar motorsika yg suka cedok kiri kanan kereta time traffic light merah, org yg nampak kejadian tu ckp saya pengsan selepas dilanggar motorsikal sebab kepala terhantuk bahu jalan syukur alhamdulillah hanya terpelanting ke bahu jalan kalau kuat sikit lagi konpem saya masuk longkang, tp masalahnya disini.. 3 tahun selepas kejadian tu dan telah selamat melahirkan anak lelaki sakit-sakit kepala saya mula timbul.. mula-mula hanya dentutan saja tapi lama kelamaan berdenyut dan sakit kepala sekali.. mungkinkah ia nya migrain?? Atau ketumbuhan di dalam kepala sebab lepas eksiden tu kepala bengkak dan besar seperti sebesar buah bambangan tp bengkak tu kecut 2hari selepas eksiden. Cuma masaalahnya skrg ni makin kerap sakit.. takut-takut tumor masya allah… harap-harap dijauhkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge