10 Makanan Utama Bantu Luka Pembedahan Cepat Sembuh

Ada orang tak suka pembedahan. Takut macam-macam komplikasi. Memang sebolehnya kita elak nak kena operate atau bedah, tapi prosedur doktor tak boleh elak.
Ada perkara pembedahan lebih penting bagi selamatkan nyawa.
Ida tak pernah kena bedah yang major pembedahan, tapi pernah kena minor je. Bedah gusi untuk keluarkan gigi bongsu, dan bedah cyst kat kaki tahun lepas.
Tapi rupanya ramai cari cara nak baik cepat dari pembedahan terutama ibu-ibu bersalin ceaser.
Sebenarnya potensi kita nak baik cepat bergantung kepada imun badan kita, jadi nutrien yang kita makan hari-hari sangat penting.
Makanan yang baik boleh bantu cepatkan baik luka dan kurangkan bengkak, lebam dan rasa sakit yang biasa kita rasa lepas kena bedah.
Makanan-makanan ni juga boleh kurangkan masalah penghadaman disebabkan oleh antibiotics dan elak sembelit disebabkan oleh ubat.
Pilih makanan yang elok juga penting untuk kembalikan tenaga kita lepas pembedahan supaya boleh cepat baik dan kembali aktif.
Apakah makanan-makanan itu?
Sila baca 10 Makanan utama bantu cepat baik luka pembedahan.

Makanan # 1: Protein

 

Untuk baikkan luka dan bagi tisu bercantum semula, kolagen adalah elemen penting. Kolagen guna protein paling banyak dalam badan.
Berapa banyak protein yang perlu?
Menurut web vitamedica.com, kita perlukan 0.8 grams protein untuk setiap kilo berat badan kita.
Kalau berat Ida 55kg, so kena ada 44gram protein.
Tapi, lepas pembedahan, kita kena ambil lebih banyak lagi sebab ada luka yang perlu sembuh. Dari 1.5 ke 2.0 gram protein untuk setiap  kilogram badan kita.
Makan banyak protein bukan maknanya hari-hari kena makan daging. Sumber protein baik yang lain adalah telur, ikan dan kekacang.

Minuman protein ESP Shaklee pun bagus dan mudah di sediakan. Bancuh dengan air kegemaran dan boleh terus minum.

 

Makanan #2 :  Yogurt/ Kefir (Tenusu yg diperam)

 

Lepas pembedahan, doktor mesti bagi antibiotik kan? Antibiotik adalah untuk elak jangkitan.
Malangnya, dalam masa yang sama, antibiotik pun bunuh bakteria baik dalam sistem penghadaman kita. Bakteria baik ni lah yang bantu kita hadam makanan dan hasilkan vitamin untuk kuatkan imun.
Tambah bilangan bakteria baik ini dengan yogurt boleh bantu kuatkan imun badan kita semua. Tapi, berhati-hati dengan minuman yogurt yang tinggi gula dan pewarna di pasaran.
Kefir pun baik untuk diminum sebab ia ada bekalkan lebih dari 8 – 12 spesies dengan lebih 10 billion bakteria baik hidup.

Makanan # 3: Serat

 

Ubat tahan sakit, diet makanan yang berubah, dehidrasi, stress dan aktiviti fizikal yang terhad akan jejaskan proses penghadaman. 
Selain perlu minum banyak air, makan buah prune juga boleh bantu kurangkan sembelit. Prune ada kandungan serat mudah larut yang boleh lembutkan najis.

Makanan lain yang tinggi dengan serat seperti kekacang, epal, pear, oat dan flaxseed.

Baca: 6 Cara Merawat Sembelit Dengan Cepat dan Semulajadi

 

Makanan #4 : Buah-buahan Berwarna

Orang lepas pembedahan akan alami stress. Stress dan ubat hospital boleh tambah beban bahan teroksida dalam badan.

Ia juga boleh menghasilkan radikal bebas yang rosakkan sel badan.

Kita biasa ambil makanan antioksida untuk kurangkan masalah-masalah ini, tetapi ia sangat-sangat diperlukan selepas pembedahan.

Kita perlu makan lebih banyak makanan antioksida selepas pembedahan dengan makan buahan yang berwarna seperti strawberry, blueberry, raspberry dan delima.

Buah-buahan ini ada anthocyanidins, bahan yang boleh bukan sahaja tingkatkan vitamin C tapi kuatkan kapilari/saluran darah dan kuatkan kolagen tisu badan.

 

 

Makanan #5 : Ubi manis(sweet potato) dan Sayuran

Ubi manis ada kandungan beta keroten atau pro-Vitamin A yang hebat. Vitamin A diperlukan untuk baiki dan pulihkan tisu lembut, membran mukus dan kulit.

Dicadangkan untuk kita ambil lebih Vitamin ini (lebih kurang 10,000 IU Vitamin A dan 15,000 IU beta keroten ) selepas pembedahan.

Ubi manis tak seperti ubi biasa, sebab tak banyak kanji dan ada lebih kurang 4 grams serat setiap hidangan.

Sumber beta keroten yang lain adalah seperti karot, sayuran hijau seperti kailan, tembikai susu, mangga dan aprikot kering

 

Makanan #6 : Cili Benggala dan Buahan Sitrus

Kita orang Melayu tak biasa makan cili jenis ni, tapi rupanya cili benggala ni ada kandungan vitamin C lebih tinggi dari Oren. Cili Benggala saiz sederhana ada 340mg Vitamin C.

Vitamin C adalah vitamin larut air yang bantu tingkatkan kandungan kolagen. Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan dan bila kita luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkan luka.

Stress boleh hilangkan kandungan Vitamin c dalam badan, jadi orang yang lepas pembedahan sangat-sangat perlukan lebih Vitamin C sehari (lebih dari 900mg sehari dalam dos yg diasingkan)

Sumber vitamin c lain adalah buah jambu batu, kailan, buahan sitrus, buah kiwi dan brokoli.

 

Makanan #7 : Sayuran Cruciferous

Imun badan yang tinggi boleh elak jangkitan pada luka selepas pembedahan. Sayuran cruciferous seperti brussel sprouts, kobis dan kobis bunga bagus di makan.

Ini kerana ia ada phytonutrient yang boleh kuatkan imun badan.

 

Makanan #8 : Cendawan

Ini ilmu baru bagi Ida. Tak sangka cendawan bagus untuk orang lepas pembedahan.

Cendawan juga boleh bantu kuatkan sistem imun. Kajian terbaru ada menyatakan mereka yang makan 4oz hidangan cendawan Shiitake setiap hari boleh tingkatkan fungsi T-Cells Gamma Delta (salah satu sistem imun) dan kurangkan masalah keradangan protein.

Dua cendawan lain yang boleh kuatkan imun adalah cendawan Maitakes dan Reishi.

Cendawan sedap dimakan secara goreng atau grill. Ia juga popular dibuat sup.

 

Makanan #9 : Kekacang dan Bijian

Labu, buahan berlabu dan bijan adalah sumber yang baik untuk Zink. Zink bagus untuk kuatkan fungsi imun.

Badan kita perlukan zink untuk bina dan aktifkan sel yang terlibat dalam sistem imun. Zink juga penting untuk baikkan luka dan mineral ini penting untuk sintesis protein dan perkembangan sel.

Tiram mempunyai kandungan zink yang tinggi dan daging merah terutama lembu, kambing dan hati juga mempunyai kandungan zink yang tinggi.

 

Makanan #10 : Nenas dan Betik

Nenas dan betik mengandungi enzim protease. Badan kita guna enzim ini untuk pecahkan dan hadamkan protein.

Enzim (bromelain dan papain) juga boleh kurangkan bengkak dan antiradang.

Malangnya, kandungan bromelain paling tinggi adalah pada batangnya yang ramai orang tidak makan.

http://vitamedica.com/wellness-blog/10-best-healing-foods-to-eat-after-surgery/

Supplemen Untuk Luka Pembedahan Cepat Baik : Vivix

Vivix® Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Testimoni Vivix Bagi Luka Cepat Baik

 

 

update 7 Mei 2018

 

Cara Untuk Dapatkan Vivix

Ramai yang dah hubungi Ida untuk dapatkan Vivix untuk luka. antaranya adalah

 


Jika anda berminat dapatkan Vivix, sila ikuti langkah di bawah

klik : http://tipsihatselalublog.wasap.my (direct whatsapp)

atau boleh beli sendiri (guna kad kredit) dengan klik icon di bawah:

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge