3 Kesan Baik Vitamin C Bantu Ubati Jerawat

Jerawat ??
Memang ramai anti dengan jerawat. Jerawat akan efek muka kita, nampak tak berapa menarik. Kadang-kadang ia sakit, tapi yang paling tak suka bila jerawat tinggalkan parut buruk pada muka.

Eeei.
Tak suka. Tak suka.
Jerawat akan timbul tak kira orang, lelaki atau perempuan. Biasa berlaku pada kulit sensitif.
Tak semestinya muka. Ada juga jerawat pada badan dan belakang. Kalau yang ada nanah, kadang-kala rasa berdenyut dan sakit.

Bagaimana jerawat boleh timbul?
Kat kulit kita ada sejenis minyak namanya sebum. Sebum ni dikeluarkan oleh kelenjar dekat dengan folikel rambut. Bila pori kita tersumbat dengan minyak ni, apalagi, jerawat pun timbul la.

Kalau ia tersumbat dan tertutup serta membengkak, ia dipanggil whitehead.

Kalau pori kulit tersumbat dengan minyak ini dan terbuka serta berwarna hitam di permukaannya, ia dipanggil blackhead. 

Vitamin C adalah vitamin popular di kalangan kita dan kanak-kanak. Biasanya kita makan sebab nak kuatkan imun badan, tak mudah kena demam. Tapi sebenarnya faedah Vitamin C sangat banyak terutama untuk kecantikan.

Macamana Vitamin C boleh bantu Ubati Jerawat

Kesan Baik Vitamin C #1: Nyah Radikal Bebas

Radikal bebas tu apa dia? Macam habuk berterbangan ke?
Ehh.. Taklah.

Radikal bebas ni lagi teruk dari habuk tu sebab dia bagi kesan kat sel. Punca datangnya radikal bebas ni adalah dari pencemaran udara, makanan yang kita makan. Dia bagi kesan tak elok kat sel badan.

Bukan bagi kesan kat kulit aje, kat sel dalaman organ pun sama. Paling menakutkan bila ia boleh sampai tukar sel sihat jadi barah. Teruk kan?

Radikal Bebas ni dia musnahkan protein, asid lemak yang bina kulit, ganggu pH normal untuk kulit dan jejaskan fungsi kelenjar yang keluarkan minyak sebum. Bila penghasilan sebum lebih dari biasa, bakteria mudah serang kulit.

Vitamin C, antioksida yang boleh musnahkan radikal bebas ni dan tukar radikal bebas ni jadi bahan bebas yg selamat dan tidak rosakkan kulit.


Kesan Baik Vitamin C #2: Hilangkan keradangan dan kemerahan.

Keradangan tu merujuk kepada keadaan tak selesa yang pesakit rasa bila ada jerawat. Rasa sakit, pedih dan mungkin gatal-gatal.

Sistem imun kita ada keluarkan bahan kimia dipanggil leukotrienes yang boleh bunuh bakteria penyebab jerawat, tapi bakteria ni ada fungsi ‘menghala’ bahan kimia tu ke kulit semula, kulit pun jadi merah. 

Dalam dos tertentu, vitamin C boleh bantu sistem imun, halang dari rosakkan kulit.


Kesan Baik Vitamin C #3: Bantu pudarkan Parut Jerawat

Tahu tak macamana kulit boleh tegang? Itulah fungsi kolagen dan elastin dalam badan. Dua benda ni adalah protein yang tegangkan kulit tau.

Semakin berumur, kita susah nak hasilkan kolagen sendiri dalam kulit, maka timbullah garisan-garisan halus. Makin lama jadi kedut-kedut.

Argh. TIDAKK!

Kalau kita kurang Vitamin C, protein ni akan lemah. Parut jerawat tak mudah nak pudar. Vitamin C bantu tegangkan kulit berparut, lama-lama parut akan hilang

Sumber : https://yoderm.com/

Vitamin C Shaklee
Vitamin C Shaklee di rumus khas dengan fungsi Sustained Release atau pelepasan perlahan-lahan. Kesan Vitamin C tidak akan hanya tertumpu di awal kita makan, malah ia kekal sehingga 5 jam.

Testimoni

Sebotol Vitamin C Sustained Release Shaklee mempunyai 180 biji dan ada 500mg setiap tablet.
Dapatkan Vitamin C Shaklee HARI INI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge