[Video] 4 Langkah Elak Kematian Mengejut Ketika Diserang Strok

Strok memang menakutkan.
Strok adalah punca kematian KETIGA selepas Sakit Jantung dan Barah.

Strok terjadi bila laluan darah ke otak tersumbat. Darah bawa oksigen dan nutrien ke dalam otak. Cuba bayangkan bila hidung kita tersumbat, tak boleh bernafas.

Apa jadi kepada badan kita? Jadi biru dan lemas kan?
Macam tu juga yg terjadi kepada otak kita.

Otak kawal semua pergerakan dan fungsi badan. Bila dah mati, satu badan hilang fungsi. Mungkin boleh lumpuh satu badan jika tidak berakhir dengan kematian.

Kesian anak kecil yang kehilangan ayah, 
Pilu rasa hati bila hilang pekerjaan kerana lumpuh, stress terpaksa menyebabkan keluarga hilang tempat perlindungan.

Berikut adalah 4 langkah untuk elak kematian jika diserang strok. Sila tonton video ini:

Langkah 1 : Kenali simptom Strok pada Muka. Adakah muka mengherot? Adakah senyum mereka tidak sekata?

Langkah 2: Kenali simptom Strok pada tangan. Adakah mereka boleh angkat kedua belah tangan. Orang yang terkena strok tidak boleh angkat kedua dua belah tangan sama tinggi

Langkah 3: Kenali simptom Strok pada Percakapan. Adakah percakapan mereka boleh difahami?

Langkah 4: Jika semua simptom Strok ada pada diri anda dan orang yang terdekat, sila hubungi pihak hospital untuk dapatkan pertolongan dengan segera.

Tindakan segera dengan membuat 4 Langkah di atas boleh menyelamatkan nyawa dan membolehkan pesakit strok pulih semula sepenuhnya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge