Ubat Untuk Penyakit Berkaitan Dengan Jantung Tidak Bagus Diamalkan?

Penyakit jantung dah jadi penyakit yang biasa kita dengar di Malaysia ni. Sekarang ni, penyakit jantung dah bukan penyakit orang tua-tua. Orang muda ada yang dah kena sakit jantung.

Lebih menakutkan statistik kematian yang disebabkan sakit jantung semakin meningkat.

Menakutkan!

Ada juga kenalan yang Ida kenal kehilangan ahli keluarga terdekat kerana sakit berkait dengan jantung

Beberapa penyakit yang berkait dengan jantung adalah:

Contoh Penyakit berkait Jantung #1: Atherosclerosis

Penyakit Atherosclerosis terjadi apabila plak terbina dalam saluran / arteri jantung. Plak terjadi hasil dari kolestrol, lemak dan bahan lain dalam darah.

Kolestrol adalah punca utama terjadi penyakit ini.

Ida pasti walaupun ramai yang tak familiar dengan nama penyakit ini, tetapi sangat arif tentang kolestrol.

Apabila plak mengeras dan menyempitkan arteri, darah sukar dihantar ke jantung dan bahagian lain dalam badan.

Bila jantung tidak mendapat darah yang mencukupi, oksigen pun terhalang sampai ke jantung dan pesakit mula sakit dada.

Bila arteri betul-betul tersumbat, ia jadi punca serangan jantung, strok dan seterusnya boleh bawa maut.

Contoh Penyakit berkait jantung #2 : Arrhythmia

Arrhythmia adalah degupan jantung yang tidak normal. Bila ia berlaku, ia boleh menjadi penyebab strok dan sakit jantung.

Penyakit ini boleh berpunca dari Atherosclerosis kerana Atherosclerosis ini boleh meninggalkan parut pada tisu jantung.

Parut ini boleh mengganggu gerakan/degupan jantung. Gangguan ini boleh menyebabkan jantung berdegup lebih laju, lebih perlahan atau tidak normal.

Contoh Penyakit berkait jantung #3: Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi

Ida percaya penyakit ini memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita.

Tekanan darah berlaku apabila jantung mengepam darah dan darah mengalir dalam saluran darah pada tekanan tertentu.

Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi terjadi apabila saluran darah menjadi sempit, mungkin disebabkan plak.

Jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat ke saluran yang kecil dan akan menyebabkan tekanan bertambah tinggi. 

Bagaimana Ubat Berkait Jantung Berfungsi

Punca utama penyakit berkait jantung ini adalah sebab arteri yang tidak sihat.

Arteri yang tidak sihat kurang kekenyalan dan keanjalan. Kolestrol, lemak yang terkumpul dalam arteri akan menyempitkan dan lama kelamaan akan mengeraskannya.

Ia boleh membawa penyakit atherosclerosis, arrhythmia, hypertensi dan strok.

Ubat tidak boleh tingkatkan kekenyalan dinding arteri, ia hanya boleh kurangkan simptom tetapi tidak rawat punca asal sakit berkait jantung.

Contohnya ubat tekanan darah tinggi tidak membuang bahan yang menyumbatkan saluran darah atau meningkatkan kekenyalan dinding arteri.

Ubat tekanan darah hanya bantu kurangkan aliran darah dan kurangkan tekanan pada dinding arteri. Kesan ubat ini hanya sementara dan boleh kembalikan keadaan asal semula.

Isipadu darah kurang ke jantung dan otak boleh tingkatkan risiko sakit jantung dan dementia.

Cara Kurangkan Kolestrol Dalam Badan

Ramai yang tahu bahaya kolestrol, tapi ramai ambil mudah tentang penyakit ini kerana ia tiada simptom jelas ketika keadaan belum kritikal.

Bila dah kritikal, seseorang yang ada kolestrol tinggi mungkin alami kesan yang parah seperti sakit jantung dan strok .

Ida percaya ramai juga yang nak kurangkan kolestrol dengan kurangkan makan makanan laut, produk tenusu, telur, daging dan sebagainya namun paras kolestrol tidak berkurang.

Ini kerana hati kita masih hasilkan kolestrol yang kita perlukan.

Cara berkesan rendahkan paras kolestrol: Makan makanan yang tinggi Phytosterols

Phytocol Shaklee ada kandungan Phytosterols

Shaklee mempunyai satu produk yang boleh bantu dapatkan keperluan kolestrol dalam badan.
Phytocol ST
  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet
Dapatkan Phytocol ST anda HARI INI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge