Berapa kerap anda membuang dalam seminggu? Ada yang setiap hari membuang. Ada yang selang sehari.

Awas jika anda membuang 2-3 kali sahaja seminggu. Ia tidak normal. Anda alami sembelit.

Sembelit tidak bahaya. Tetapi jika dibiarkan, ia boleh jadi parah seperti Buasir. Anda boleh alami berak berdarah. Kerja pun tak boleh nak buat kerana tidak selesa.

Anda jadi tidak produktif. Hidup pun jadi kurang bahagia.

Atasi masalah sembelit segera sebelum parah. Ida percaya cara-cara di bawah ini boleh membantu.

Cara 1: Minum air

Minum tambahan dua hingga empat gelas 8oz air suam apabila sembelit. Minum air suam kosong. Bukan yang manis.

Jika anda sembelit untuk beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Minum air ketika perut kosong memang sangat berkesan.

Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari. Mungkin bukan mudah jika tidak biasa.

Jadikanlah ia amalan. Ida percaya minum air sangat banyak manfaat selain atasi sembelit.

Air boleh cuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain yang tinggi gula boleh kita cuba kurangkan.

Cara 2: Makan Buah dan Sayur

Makan buah-buahan, sayur-sayuran yang ada serat tinggi untuk tingkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari. Kita perlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari.

Kenapa kita perlukan serat?

Tanpa kita sedar, sembelit juga berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan mengatasi serat daripada bijirin dan buah-buahan.

Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah.

Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.

Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.

Cara 3 : Minum Kopi

Siapa penggemar kopi di sini?

Kita geng. Ida juga penggemar kopi.

Pada sesetengah keadaan, Kopi bantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan melajukan pergerakan usus.

Namun begitu, kopi juga boleh bersifat diuretik. Ia menyerap kelembapan daripada najis, menyebabkan kita sukar untuk membuang air .

Ada sesetengah doktor mencadangkan kita elak minuman diuretik seperti kopi, alkohol, kola, dan teh bagi atasi sembelit.

Cara 4 : Makan Prun

Untuk merawat sembelit, anda disaran makan prun atau minum dua gelas jus prune.

Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi bantu melegakan sembelit.

Sorbitol adalah perangsang kolon ringan yang bantu mengurangkan masa pergerakan najis. Dengan itu, ia boleh kurangkan risiko sembelit.

Jika anda tidak suka tekstur atau rasa unik prun, anda boleh ambil dalam bentuk jus. Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g.

Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.

Cara 5: Bersenam.

Tak sangka bersenam dan sembelit ada kaitan.

Kepada yang ada sembelit, Elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak.

Paling bagus jika dapat konsisten bersenam sederhana berat setiap hari. Jika tidak mampu, 30 minit berjalan kaki boleh membantu.

Senaman dapat menggalakkan pergerakan usus yang sihat dan elak risiko sembelit

Cara 6 : Mencangkung

Mencangkung dalam kedudukan yang semula jadi boleh memudahkan perkumuhan.

Tinggikan lutut anda ketika anda duduk membuang di atas tandas.

Supplemen Untuk Bantu Rawat Sembelit.

Ida percaya selepas anda baca cara-cara di atas, anda pasti tak sabar nak cuba. Ida nak sarankan cara PALING MUDAH dan berkesan.

Anda boleh cuba dapatkan Ostematrix untuk elak sembelit

Ostematrix adalah supplemen kalsium yang mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang mempunyai pelbagai kegunaan.

Bagaimana Magnesium dalam Ostematrix Boleh Bantu Elak Sembelit?

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus – ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium ‘menarik’ air – ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Wanita dalam video di bawah nampak ceria tetapi pernah TERSEKSA duduk di dalam bilik air kerana SEMBELIT teruk. Ikuti pengalaman beliau yang sangat tabah.


[Video]Sakit sembelit sangat teruk sampai berkurung dalam bilik air, sehinggalah.. from iReach HD on Vimeo.

Ikuti testimoni mereka yang telah mencuba untuk atasi sembelit dengan Ostematrix

Ingin Dapatkan ostematrix? klik link ini: http://www.wasap.my/60193816167/ostematrix

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge