Review Buku Diagnosis 2: Terasa Seakan-akan Seorang Doktor

Jarang saya buat book review. I’m not a book worm actually. Hanya baru bertukar hobi sebagai pembaca buku.

Biasanya hanya pembaca newsfeed. Ops

Azam tahun baru saya tahun ini adalah menghabiskan 25 buku pelbagai fiksyen sebagai motivasi baca lebih banyak buku.

Satu album khas telah saya buat di FB bagi memenuhkan senarai buku yang telah saya baca.

Buku terbaru yang saya baru habis baca adalah buku Diagnosis 2

Buku Diagnosis 2 ni tentang apa?

Sebelum saya cerita, let me tell you how i engaged with the book. Saya sebenarnya tertarik dengan siri buku Diagnosis ni masa saya baca a few paragraph dalam buku Diagnosis 1.

Ketika itu, saya sedang mencari buku self help atau motivasi untuk tambah koleksi MPH.

Secara tak sengaja, saya terpandang buku ini di rak Bestseller.

“Apa yang best sangat sampai jadi bestseller?”

Masa saya menyelak dan membaca satu kisah di dalamnya, terus saya tertarik.

Sangat tertarik sehingga membelinya.

Buku ini berkisar kisah-kisah yang dihadapi oleh doktor-doktor, kerenah pesakit yang diceritakan dalam bentuk cerpen.

Yang tulis buku ni pun memang doktor.

Memang kisah yang diceritakan sangat real, sehingga ada part yang saya nak mengalirkan air mata.

Apa yang menariknya Buku Diagnosis ni?

Ramai yang anggap kerjaya doktor adalah kerjaya gah, tetapi tak semua tahu liku ranjau yang mereka hadapi dalam kerjaya ni.

Banyak viral pasal silap doktor itu dan ini, tapi struggle mereka tak ramai yang nak ambil tahu.

Clearly, dalam cerpen ni benar-benar menyelami kerjaya doktor yang mencabar.

Dalam buku Diagnosis 2 ada 7 penulis. 
Semuanya doktor.

2 kali ganda lebih tebal dari buku Diagnosis 1
359 muka surat

Ada humor
Ada misteri
Ada cerpen jiwang
Ada cerita di medan perang
Ada cerita konflik kerjaya

Saya tergelak, saya rasa sayu, saya rasa saspen, saya sedih, saya rasa bersemangat.

Macam-macam rasa dalam buku ni.

Saya bukan pembaca cerpen, tapi saya terhibur baca buku ni. Lain dari genre yang saya suka baca berkaitan self help dan motivasi.

Cerita favourite saya

Dr Anwar – kes misteri di lebuh raya

Dr Anwar – Menanti Superman : kisah seorang doktor berjumpa jodohnya

Dr Azah – Dear Diary, kisah doktor yang nak quit

Dr Beni – Meet Dr Roy Azman – kisah doktor yang tinggal di pedalaman sarawak kehilangan isterinya sendiri ketika bersalin

Dr Beni – Timeless Time – seorang cucu kepada doktor ‘datang’ dari masa akan datang. Futuristik sikit ceritanya tapi best.

Haha. Sanggup saya selak balik buku ni nak list all my favourite stories

Kenapa Saya Suggest Buku Ni Untuk Dibaca.

Firstly, selepas membaca buku ni, kita akan melihat kerjaya doktor dari sudut pandangan yang berbeza.

Sebelum ni memang rasa kagumnya bila jadi doktor, gaji tinggi, orang pandang tinggi, dimuliakan.

Tapi lepas baca buku ni, tambah satu lagi – Respek

Dengan segala cabaran yang dilalui dan terpaksa berkorban masa untuk keluarga demi kerjaya mulia, mereka harus diberi penghormatan.

Tak perlu untuk upacara khas mengingati mereka, cukuplah kita hormat dan tidak sentiasa menyalahkan doktor atas perkara-perkara yang kita sendiri tidak faham.

Prosedur yang cerewet, pemeriksaan yang lama, follow up yang banyak.

Mereka hanya menjalankan tugas mereka.

Secondly, Buku ni banyak mengaitkan kes-kes yang diceritakan dengan peringatan-peringatan dari Allah.

Diselitkan ayat-ayat peringatan dari Al-Quran , sesungguhnya Allah telah ingatkan kita, dan kita sendiri boleh ambil iktibar dari kes-kes itu.

Tak sabar nak dapatkan buku Diagnosis 3 pula.
Dengarnya ia adalah antara buku terlaris di Pesta Buku Antarabangsa 2016.

Terima kasih penulis buku.
Terima kasih Doktor.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge