Resepi Overnight Oatmeal Mudah dan Sedap | Cabaran 7 Hari Entry

Overnight oatmeal dah jadi famous tiba-tiba. Makanan yang paling mudah nak buat, sedap dan berkhasiat ni memang best.

Kalau dah cuba buat overnight oatmeal, tiap-tiap pasti nak buat.

Sebenarnya saya dah tengok ramai yang buat overnight oatmeal. Macam best aje. Tapi tak rasa nak buat. Tapi, bila saya search di pinterest tentang overnight oatmeal, huwaaa… terus TERLIUR nak buat.

Haaaa.
Mana tak terliur tengok gambar overnight oatmeal. 
Nak lebih jelas lagi.. pergi ke http://www.pinterest.com dan search ‘Overnight Oatmeal’
Pasti lepas tu nak beli bahan terus buat. 
Inspirasi saya adalah di blog ini –> http://www.theyummylife.com/Refrigerator_Oatmeal
Fridge_Oatmeal_collage1.jpg
Fridge_Oatmeal_collage2.jpg
Gambar tunjuk langkah demi langkah ni, memang rasa buat overnight oatmeal ni sangat mudah. Jadi saya pun terus terliur dan menggagahkan diri mencari bahan. 
Sebelum melihat cara membuat Overnight Oatmeal, jom dengar apa yang rakan saya seorang traveler cadangkan untuk mereka yang selalu travel dan selalu penat.
Mungkinkah dapatkan satu lagi jenis makanan seperti Oatmeal ini?


Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.

Bahan-Bahan Overnight Oatmeal Versi Tip Sihat Selalu
1/2 cawan Oat (bukan yang instant tu)
1/2 cawan susu low fat
1/2 cawan Greek Yogurt (yogurt biasa pun boleh)
Buahan-buahan (strawbery, kiwi, pisang, epal pun boleh)
** tambahan versi saya – 1 sudu susu pekat sebagai pemanis
Cara Buat. 
1. Dadukan buah-buahan dulu.
2. Ambil jar kosong (bekas apa-apa pun boleh, asalkan bertutup), letak Oat dulu.
3. Pastu campurkan 1/2 cawan susu
4. Campur pula 1/2 cawan yogurt
5. Campurkan 1 sudu besar susu pekat (tiada gambar) sebelum campurkan buah.

6. Tinggalkan dalam peti sejuk untuk semalaman. Tapi, oat tu lagi sedap buat dalam 2-3 malam, baru lembut dan sedap.

Selamat Mencuba

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge