Resepi Nugget Ayam Mudah dan Sedap (Homemade)

Nugget Ayam memang makanan favourite kanak-kanak. Ia bukan sahaja mudah tetapi mengenyangkan bila di makan.

Ramai ibu-ibu yang risau membeli nugget di pasaran kerana bahan yang digunakan diproses dan diperbuat dari bahan yang tidak sihat. Ia lebih merisaukan bila ditambah dengan pengawet supaya ia tidak mudah rosak.

Kini, ibu-ibu boleh membuat sendiri nugget ayam yang sedap dan selamat. Kita boleh memilih untuk menambah sayuran atau bahan kegemaran sendiri dalam resepi ini.

Mudah dan Sedap.

Berikut adalah resepi yang mudah diikut kerana ada gambar cara membuat langkah demi langkah.

HOMEMADE CHICKEN NUGGETS

dari dapur Bundawidya.

Bahan-bahan:
3 keping isi ayam (bahagian dada) -dipotong kiub, kasar
Biji lada putih/sulah -ditumbuk halus
*Lobak merah -potong kasar
3 sudu makan Tepung sagu/ubi
1 sudu makan tepung jagung (optional)
Garam & gula secukup rasa.

Cara-cara:
1. Sediakan kukusan & didihkan air.
Masukkan kesemua bahan ke dalam food processor (FP) dan proses sehingga lumat & elok bergumpal menjadi doh.

2. Sediakan bekas yang sesuai saiz, alaskan dengan aluminium foil & pindahkan bahan doh ke dalam bekas. Ratakan bahan secantiknya anggaran tinggi kira2 1 inci. Kukus.

3. Selesai dikukus sehingga masak (kira-kira 15-20 minit, bergantung banyaknya bahan dan saiz bekas), sejukkan sebelum dipotong kiub.

4. Jika sukakan nugget goreng, boleh sahaja sediakan salutan tempura atau serbuk roti.

Nahhh, itu sahaja! Siaappp dan sedia untuk dihidangkan dengan sos kegemaran.

*boleh dipelbagai dgn sayuran lain. Saya suka jagung!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge