Rahsia 2B3C Jana Income 4 Angka Secara Part Time | Pengalaman Sendiri

Ida dah buat bisnes part time sebagai Pengedar Shaklee lebih dari 4 tahun. 

Tapi sebenarnya Ida dah buat bisnes part time yang lain sebelum tu.
Ida adalah seorang pensyarah di sebuah IPT tempatan dan menjawat jawatan sebagai Ketua Program, jawatan kedua tertinggi dalam jabatan Ida.
Ida ada 4 orang anak lelaki hebat, tiada pembantu rumah dan sedang mengandung anak ke 5.
Nampak mencabar kan?
Tapi passion Ida untuk buat bisnes part time sangat tinggi.
Rahsia Ida urus masa antara semua itu adalah dengan 2B 3C
Apa itu 2B 3C?

2 B – Buffer dan Blog

Ida jalankan bisnes part time secara online, maka internet adalah sangat-sangat penting bagi Ida. 
Dua medium sosial yang biasa Ida guna untuk kongsi kebaikan produk Shaklee adalah Facebook dan Blog. 

Buffer

Ramai sedia maklum, kalau buat bisnes online mesti mengadap komputer dan smartphone selalu kan? 
Itu Ida setuju. 
Gajet paling penting untuk Ida adalah Smartphone.
Tetapi, kekangan masa sebagai seorang pensyarah memang sangat mencabar untuk sentiasa mengadap komputer. 
Apa Ida buat adalah dengan menggunakan apps Buffer untuk jadualkan segala post dan entry di Facebook keluar pada masanya. 
Ida laburkan dalam $10 sebulan untuk apps ini supaya boleh jadualkan post ke page dan wall personal lebih dari 10 post sehari. 
Malahan, pelaburan ini berbaloi kerana boleh jadualkan post di Instagram juga. 
Menarik tak?

Blog

Ida dapat 80% sale Shaklee melalui blog. 
Ya, Blog ini Ida bina dari tahun 2012, dan Alhamdulillah, berkat kesabaran, ia telah mencecah 2juta hit. 
Blog ini juga menerima pengunjung lebih 2000 setiap hari secara konsisten.
Kelebihan berniaga melalui blog adalah capaiannya lebih luas dari buat secara offline dan lebih mudah close deal. 
Ini kerana pengunjung sudah sedia maklum maklumat tentang produk dan kebaikannya tanpa perlu menunggu untuk Ida jelaskan lagi.

Apa pula 3C ?

3C – Checklist, Cabar dan Reward, Check Masa

Checklist

Untuk membuat seimbangkan semua masa yang ada antara kerjaya utama, keluarga dan bisnes part time, Ida perlu disiplinkan diri dengan 3C
Checklist adalah rutin yang sangat membantu Ida. 
Barang paling utama selain purse dan handset yang perlu ada di dalam beg tangan Ida adalah buku nota dan pen. 
Ini kerana membuat checklist sangat membantu Ida menyelesaikan banyak perkara. 
Bukan setakat to-do-list yang berkaitan dengan kerja sahaja yang Ida senaraikan, amalan rohani serta apa yang perlu dibeli on the way balik ke rumah juga WAJIB di tulis dalam senarai tersebut. 
Selepas setiap aktiviti yang disenaraikan dibuat, Ida boleh cross them out dan meneruskan utk selesaikan task lain pula
Selain dari task, buku nota itu juga menjadi tempat Ida tulis kata-kata positif untuk Ida setiap hari sebagai ‘makanan’ subconcious mind Ida. 
Ida percaya, dengan menulis target, checklist dan kata-kata positif akan beri impak lebih besar dari sekadar memikirkannya. 

Cabar dan Reward

Setiap task yang kita nak lakukan sangat mencabar. Kadang-kadang kita hilang fokus dengan gangguan.
Macam-macam gangguan. 
Bos panggil la, anak tak sihat la, kena meeting urgent, kena layan call/whatsapp customer. 
Gangguan paling biasa adalah scroll newsfeed FB lama-lama secara tak sengaja.
Sebab itu, Ida akan cabar diri untuk siapkan task pada masanya
Dalam masa yang sama, Ida akan janjikan reward kepada diri sendiri jika dapat siapkan kerja. 
Contoh: Dapat makan brownies kegemaran, dapat tidur lama sikit, dapat layan cerita kat tv.
Ia sangat membantu Ida untuk fokus siapkan task dalam checklist. 

Check Masa

Setiap task yang Ida buat kena ada deadline yang perlu dipatuhi. 
Selalu juga Ida tak dapat complete pada masanya, tetapi Ida akan forward task pada masa yang berbeza. 
Selain itu, Ida akan check progress kerja dari masa ke semasa untuk memastikan Ida dapat siapkan pada masa yang telah Ida tetapkan. 
Semua tips yang Ida amalkan adalah dari pengalaman sendiri. Alhamdulillah syukur kini ada downline Ida berjaya juga jana income dari Shaklee
Anda berminat untuk jana income 4 angka juga?
Jom hubungi Ida 019-3816167
Ida akan tunjukkan cara. 
Buat part time pun boleh jana duit.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge