Nak Rambut Berkilau? Ini 8 Kelebihan Zinc Untuk Cantik

Apakah persamaan yang ada pada rambut, kuku dan kulit? Tentulah Keratin! Ia adalah sejenis protein yang memberikan kekuatan, struktur dan ketahanan sebagai pelindungan terhadap kerosakan pada rambut, kuku
dan kulit.

Keadaan rambut, kulit dan kuku anda adalah petanda kepada kemungkinan kekurangan nutrien seperti zink kerana ia penting untuk penghasilan dan replikasi DNA, untuk menghasilkan jumlah keratin yang sihat.

Ini 8 Kelebihan Zinc untuk dapatkan rambut, kuku, kulit yang cantik.

Zink untuk rambut yang berkilau

Rambut terdiri daripada 95% keratin. Kita kehilangan keratin seiring dengan peningkatan usia yang melemahkan akar umbi rambut, menyebabkan rambut kering dan mudah putus terutamanya ketika menggunakan sikat atau produk penggayaan rambut.

Kelebihan #1 : Zink menyokong dan memperbaiki pertumbuhan tisu rambut untuk pembaharuan dan replikasi sel yang lebih cepat.

Kelebihan #2 : Zink memastikan kelenjar minyak di sekitar folikel rambut berfungsi dengan normal.

Kelebihan #3 : Zink berfungsi sebagai stor simpanan histamina bagi mengurangkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala akibat penggunaan produk rambut.

Zink untuk Kulit Lebih Muda

Lapisan luar kulit anda mempunyai lima kali lebih banyak zink daripada lapisan lain. Bertindak sebagai antioksida, zink membantu mencegah kerosakan serius yang berpunca daripada sinaran UV dan bahan asing lain.
Kelebihan #4 : Zink membantu dalam penyembuhan luka dan penghasilan semula kulit yang lebih sihat.

Kelebihan #5 : Zink mengandungi sifat anti-radang untuk melegakan kulit, mencegah jerawat.

Kelebihan #6 : Zink membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang anjal dan tegang.

Zink untuk Kuku yang Sihat

Kuku terdiri daripada sejenis sel yang terhasil dan dibahagikan dengan cepat. Pembahagian sel yang sihat
menggalakkan pertumbuhan kuku yang sihat.

Kelebihan #7 : Zink penting dalam tindakbalas enzim yang menggalakkan pembahagian sel yang sihat supaya kuku anda tumbuh panjang, lebih sihat.

Kelebihan #8 : Zink membantu dalam penghasilan semula sel untuk mengganti sel-sel yang rosak di bahagian dasar kuku supaya kuku menjadi lebih kuat dan cantik.

Zink adalah mineral surih yang dijumpai hampir di dalam setiap sel badan dan komponen di dalam lebih daripada 200 enzim. Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisme asid amino, penghasilan tenaga, metabolisme tulang, penggunaan penggunaan vitamin A dan penghasilan hormon.

Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhansel untuk rambut, kuku, kulit yang sihat serta mempromosikan kesihatan tubuh.*

TAHUKAH ANDA?
Zink gluconate adalah salah satu bentuk zink chelated terbaik. Ia lebih mudah diserap oleh badan.

Untuk dapatkan Zinc, Boleh hubungi saya – http://www.wasap.my/60193816167/zinc

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge