Nak Kempiskan Perut Selepas Bersalin? Amalkan 7 Amalan Ini

“Aik, mengandung lagi?”

Bayangkan tiba-tiba jumpa kawan, dia tegur depan ramai-ramai orang tanya betul ke kita mengandung lagi, padahal baru aje bersalin.

Bayangkan bila tiba-tiba ada orang offer tempat duduk dalam LRT sebab ingat kita mengandung.

Aduuhhh.
Boleh spoil mood sepanjang hari. Nak salahkan diorang pun tak boleh juga, perut sendiri yang buncit tak boleh nak sorok. Diri sendiri la kena tanggung.

Jangan risau, masalah ni boleh dikatakan masalah sejagat wanita. Group online ibu berpantang, bersalin dan menyusukan sering keluar soalan ni.

“Siapa ada idea macamana nak kempiskan balik perut ni. HUHUHU”

Tragis sungguh bunyinya.

Ida ada jumpa petua-petua yang mungkin boleh anda cuba jika anda teruskan baca artikel ni.

Petua #1: Susu Ibu

Ida rasa petua ni sangat berkesan. Susu Ibu memang banyak baiknya pada baby, tetapi untuk ibu juga ada kesan yang sangat bagus untuk perut.
Sebaik sahaja selepas bersalin, susukan anak terus secara eksklusif boleh bantu buang lemak yang tidak diperlukan.
Menyusu badan boleh cepatkan proses kecutkan rahim dan boleh bakar 200 hingga 600 kalori sehari.
Bila rahim kita mengecut, perut buncit pun kembali kempis. Kalori terbakar juga bantu hilangkan lemak yang tak perlu di perut.
Anak kenyang dengan 1001 khasiat, si ibu kembali cantik seperti yang diinginkan.Sahabat kita dalam video di bawah ni PANIK bila susu kurang. Apa yang beliau lakukan selepas itu benar-benar berbaloi.

Petua #2: Berbengkung

Ibu Ida memang sangat strict tentang berbengkung ni. Dalam pantang memang wajib pakai.
Memang rasa tak selesa, rimas dan panas. Kadang-kadang gatal pun ada sebab berpeluh.

 

Tapi ia petua yang sangat berkesan langsingkan semula perut lepas bersalin.
Rahim kita sangat sensitif ketika ini, kerana telah berubah saiz berganda dari asal. Pergerakan yang banyak ketika berpantang perlu dielak bagi elak masalah pada rahim.
Sebab itu wajib berbengkung untuk menjaganya. Kulit-kulit geleber dan perut buncit juga boleh dibetulkan semula.
Walaupun ia petua yang makin dipinggirkan, namun ia masih menjadi petua utama penjagaan ketika pantang dari orang tua yang paling perlu dijaga jika ingin kembalikan bentuk badan zaman anak dara.
Dr Zubaidi juga bersetuju berbengkung boleh kurangkan berat badan.

Petua #3: Bertungku / Bertangas  / Bersauna

Banyak dah jenis bertungku moden masa kini. Tapi bagi Ida, Ida lebih selesa dengan cara lama menggunakan batu / tungku besi yang disalai dan disalut sejenis daun(tak ingat daun apa) untuk bertungku.

 

Kaedah tradisional ini boleh pecahkan darah beku, lemak dan kurangkan bengkak dalam perut / rahim.
Lepas bertungku, boleh rasa darah-darah beku berketul-ketul keluar. Darah-darah kotor ini mesti keluar untuk jaga dalaman rahim kita.Rasa lega pun ada.
Bertangas dan sauna juga boleh pecahkan lemak. Lemak-lemak di perut penyebab buncit pun boleh hilang. Angin dan air berlebihan dalam badan pun boleh keluar.
Toksin yang ada dalam badan juga keluar melalui kulit dan badan akan rasa lebih ringan dan kembali kepada bentuk asal.

Petua #4: Kawal Pemakanan

Yang ini, ramai buat silap. Menyusu anak bukan peluang untuk makan 2 kali ganda dari biasa. Tetap kena kawal pemakanan.

Macamana badan tak macam dipam-pam jika asyik makan tanpa henti.

Tapi, itulah masalah kita ibu-ibu kan? Susah kawal selera makan.

Apabila anak dah tak minum susu ibu sepenuhnya, dicadangkan ibu-ibu perlu kawal makan agar perut tidak buncit dan menggeleber.

Lemak dan minyak perlu dikurangkan, kena ambil lebih protein untuk bina semula otot. Makanan yang boleh bantu bakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu perlu dilebihkan.



Bacaan Lanjut: 8 Tabiat Yang Tidak Disangka Membuatkan Anda Gemuk

 

Petua #5: Betulkan Postur Tubuh

 

Cuba lihat cara anda berjalan. Tahukah anda postur badan ketika berjalan dan angkat barang boleh menyebabkan perut buncit?
Ida pun rasa ramai tak tahu.
Jadi lepas ni, kena tegakkan postur badan ketika berjalan. Jangan pandang remeh, kerana ia mungkin menyebabkan perut anda buncit sampai bila-bila.

Petua #6: Senaman dan Aktiviti Fizikal

Mesti ramai dah tahu petua ni walaupun susah nak buat kan? Iyelah, ramai antara kita tiada masa nak bersenam.
Hakikatnya senaman kardiovaskular dan abdominal memang boleh bantu ibu lepas bersalin utk kempiskan perut. Kalau nak tahu jenis senaman macamana, mungkin perlu rujuk pakar.
Senaman jenis lain akan beri kesan lain pada fizikal tertentu.
Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga boleh kurangkan lebihan lemak dibahagian perut.
Jika nak kesan terbaik, perlulah buat secara konsisten.

Petua #7 Detoksifikasi

Badan kita pasti tak boleh lari dari toksin. Kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Itu yang menyebabkan kita ada masalah penghadaman, seterusnya membentuk lemak dibahagian perut.
Badan kita perlu didetoksifikasi dari masa ke semasa untuk buang toksin.
Toksin berkurang, perut pun boleh kempis

 

Supplemen Untuk Kempiskan Perut

1. Omega Guard

Bertindak sebagai agen pemecah lemak kerana mengandungi asid lemak Omega 3 dan 6. Pantas membantu membakar lemak-lemak di bahagian perut. Selain turut memberi kesihatan pada jantung anda.

 

2. Herblax

Bertindak untuk pembersihan usus dan najis yang tersekat dan mengempiskan perut

Testimoni 1

 

Testimoni 2

 

 

 

Testimoni 3

Testimoni 4

 

Testimoni 5

Ramai sudah mencuba Omega Guard dan Herblax. Kesannya sangat mengagumkan.

Jom hubungi saya untuk dapatkan konsultansi dan tempahan supplemen untuk kempiskan perut selepas bersalin.

Jom kembali langsing dan awet muda sehingga ramai ternganga.

Sila KLIK Di Sini Untuk Membeli Omega Guard dan Herblax

atau ikuti langkah di bawah

Related Posts

One thought on “Nak Kempiskan Perut Selepas Bersalin? Amalkan 7 Amalan Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge