Nak Kaya, Kena Jadi ‘Penerima’ Yang Cemerlang

Nampak pelik tak tajuk entry ni?

Mesti ramai ingat ia macam salah tulis kan? Penerima ke Pemberi?

Sebenarnya tajuk tu betul. Ida rasa terpanggil nak bercerita satu topik dalam buku terbaru yang Ida baca.

Buku Secrets Of The Millionaire Mind : Think Rich To Get Rich

Buku ni memang Ida rasa buku terbaik yang beri motivasi untuk orang yang buat bisnes macam Ida. Sesuai sangat untuk orang yang sentiasa dalam comfort zone.

Buku ni ada 2 part.

Part 1: Your Money Blueprint
Part 2: The Whealth File

Secara ringkasnya Part 1 cerita pasal perkara-perkara yang mempengaruhi pemikiran kita tentang kekayaan.

Salah satunya adalah persekitaran kita.

Part 2 adalah part yang saya sangat suka. Kat sini dia cerita pasal 17 Pemikiran orang kaya dan bezanya dengan pemikiran orang miskin

Penerima Yang Cemerlang?

Salah satu ciri orang berfikiran kaya adalah penerima yang cemerlang. Dalam buku ni dia letak ke ciri yang ke 10

Kita selalu dengar nak kaya kena banyak memberi dan bersedekah kan?

Tapi yang ni terbalik. Jadi penerima pula. Tapi konsep penerimaan bukannya dari orang, tapi dari TUHAN (dalam buku ni tulis universe)

Kita Layak Menerima

Selalu tak dengar orang beri sebut:

” Ala, dia boleh la.. memang dah nasib dia berjaya macam tu”

“Dia kerja bagus, sebab tu banyak duit travel sana-sini”

“Dia terer buat marketing, sebab tu boleh jadi hebat macam tu”

Sebenarnya ayat-ayat di atas adalah part of apa yang pernah Ida sendiri sebut. Kalau bukan kat mulut, tapi dalam hati.

Normal la kan?

Itu tandanya kita tak rasa layak dapat macam orang-orang itu. Kita rasa tak layak nak jadi jutawan. Kita tak layak jadi hebat

Kenapa jadi macam ni? Sebab dah jadi budaya kita, bila buat salah, kita akan dapat punishment.

Macam tak logik bila fikir, kita kan dah dewasa. Mesti boleh fikir.

Penulis buku ni kata TAK.

Sebenarnya persekitaran tu dah meresap dalam subconcious mind kita secara kita tak sedar. Bukan kita aje, semua orang pun.

Sebab tu bila kita ada buat salah sikit, rasa tak perfect sikit, kita akan rasa teruk dan salahkan diri sendiri secara tidak kita sedar.

Mudah rasa down, terus tak bersemangat. Betul tak?

Buang Rasa Tak Layak

Ida rasa teruja dengan kata-kata dalam buku ni tentang rasa layak dan tak layak. Penulis buku ni kata apa yang berlaku pada kita pada masa lepas tiada kaitan dengan potensi kita untuk berjaya.

TIADA KAITAN!

Kita tak pandai marketing –> Kita masih layak untuk jadi kaya

Kita tak belajar tinggi –> Kita masih layak untuk jadi kaya

Kita tak pandai bahasa Inggeris –> Kita masih layak untuk jadi kaya

Kita tak pernah bisnes, tiada orang sokong –> Kita masih layak jadi kaya

Tengok orang lain dapat sales banyak, kita pun layak jadi macam dia. Kita ada potensi juga.

Rasa tak layak hanya ALASAN sebenarnya untuk kita terus berada dalam zon selesa.

Bila kita rasa Layak untuk kaya —> Kita PENERIMA yang hebat

Usaha Jadi Berganda

Segala perkara bermula dari apa yang kita fikir.

Sebab itu Ida suka buku ni, buku ni ubah pemikiran kita, ubah cara kita lihat tentang duit dan kekayaan.

Bila kita rasa layak untuk jadi kaya, usaha kita pasti seperti orang yang layak untuk berjaya.

Bila buat bisnes, bisnes nampak tiada hasil, kita tak rasa down. Kita akan cuba lagi. Sebab kita layak untuk berjaya.

Bila ada orang taknak beli dengan kita, kita tak mudah rasa sedih, akan usaha lebih lagi sebab kita layak terima kekayaan atas usaha kita.

Bila ada orang share kejayaan, kita tumpang gembira dan rasa termotivasi sebab kalau mereka boleh berjaya, kita juga layak berjaya.

Kita adalah PENERIMA yang cemerlang.

Bersedia untuk terima DUIT YANG BANYAK dan layak untuk berjaya!

Jom Ubah Diri

Rasa bersemangat tak sekarang? Apa yang Ida tulis ni, tak sama langsung dengan apa yang penulis ni tulis.

Penulis ni tulis lagi best.

Tapi olahan sendiri mengikut apa yang ida faham dan cara Ida sendiri. Moga ada yang teruja nak beli buku ni dan baca.

Silalah baca.
I see a lot of difference in mine, i sure you’ll change too.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge