Le Manah Retreat, Tempat Sesuai Untuk Hari Keluarga, Ini Pengalaman Kami

Alhamdulillah, pada 22 hingga 24 Disember 2017, adik ida belanja kami sekeluarga menginap di Le’ Manah Retreat Janda Baik. Ini adalah pertama kali kami buat Hari Keluarga bersama-sama.

Kedudukannya boleh cek di google map ni

 

Ida memang tak pernah datang sini dan tak sangka ada tempat cantik seperti ini. Ketika on the way ke sana, laluannya sangat mencabar kerana kami tiba ke janda baik, keadaan dah malam. Mujur ada google maps.

Memasuki kawasan berbukit yang menggerunkan.Mujur yang drive adalah encik suami. Beliau dah biasa drive jalan seperti itu di sini di kampungnya. hihi.

 

Tempat Tinggal Kami

2 Malam berada di sini memang sangat best. Bermula dengan pagi yang sangat segar di kelilingi kehijauan pokok-pokok keliling.

Kawasan yang kami tinggal mempunyai 8 bilik.

Suasana indah di waktu pagi.

Bilik yang kami sewa ada 8 bilik. Muat untuk semua 6 adik beradik, ayah ibu dan pembantu rumah adik.

 

Dua bilik ada bilik air sendiri. Bilik-bilik lain berkongsi bilik air. Semua bilik air dilengkapi pemanas air. Kalau tak ada pemanas air, memang tak mandilah anak-anak ida yang kecil tu. Hihi

 

Hall dan Dapur Yang Besar

Alhamdulillah, tempat berkumpul kami (hall) sangat besar. Anak-anak yang besar tidur di ruang ini bersama sepupu-sepupu mereka yang lain.

Di sini juga kami buat aktiviti qiamullail dan solat berjemaah

 

 

Dapur juga sangat besar. Ada juga tempat masak yang besar, ada 8 stove, oven, mesin basuh.

Peti ais dan Deep Freezer pun ada. Kami menyimpan bekalan barbekue kami dalam deep freezer.

 

Jeram Yang Damai

Di hadapan rumah kami ada jeram yang sangat cantik. Airnya sejuk dan segar. Ada tempat yang boleh terjun dan menyelam.

Anak-anak Ida sangat suka mandi walaupun air sejuk mengalahkan air batu.

 

 

Seronok kan tengok mereka bergembira terjun ke dalam air sungai yang super sejuk?

 

Kolam Kecil

Selepas puas mandi sungai dan jeram, anak-anak juga enjoy mandi di kolam kecil di tepi rumah kami.

 

 

Court Badminton dan Kolam Ikan

Di sini juga ada court badminton dan juga kolam ikan untuk memancing. Ida teringin juga nak pergi memancing, tapi masa tak mengizinkan.

 

Ruang Barbekue

Di sini juga ada ruang untuk berbarkue. Tempat bakar juga ada disediakan

 

Kami ada membuat celebration birthday Tufayl, anak sedara ida. Jom tonton kemeriahan videonya di bawah ini.

 

Kami sangat berpuashati dengan tempat Hari Keluarga kami ni. Sayangnya, rasa sekejap sangat kami di sini.

Pasti akan datang lagi.

Terima kasih Le Manah Retreat

 

Post tentang kehadiran kami di page Le Manah Retreat.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge