Klinik Kanak-Kanak Ada Playground – Idea Baik Untuk ‘Umpan’ Anak ke Klinik

Ada ke kanak-kanak yang suka pegi klinik?

Sedangkan orang dewasa pun tak suka ke klinik kan?
Saya tertarik untuk tulis entry ini memandangkan saya juga sebenarnya sama seperti ibu-bapa lain yang kadang-kadang susah nak bawa anak ke klinik. 
Dan malam ini, saya terpaksa membawa anak saya untuk klinik kerana sedikit demam dan ada checkup untuk telinganya.
Menunggu di klinik pada jangka yang lama adalah sangat mencabar. Lebih mencabar apabila bersama dengan anak yang kurang sihat. 
Syukur Alhamdulillah, saya peminat satu klinik yang menyediakan playground yang agak besar untuk anak bermain. Anak-anak yang mempunyai fitrah bermain untuk belajar sangat sukakan tempat ini. 
Klinik Pakar Kanak-kanak Yaw di Kuantan. 
Abid dan amin sedang bermain
Semua anak saya berdaftar dengan klinik ini. Dahulu, anak saya adalah pengunjung tetap klinik ini, tetapi sekarang sejak ambil Shaklee, kami sering rindu untuk kesini.
Apabila mengajukan persoalan nak klinik mana, anak saya pasti akan jawab “Klinik yang ada mainan”. Hahaha. Seronok pula mereka bila nak ke klinik. 
Ibu-ibu yang datang ke sini nampak lebih selesa apabila anak boleh bebas bermain di ruang yang disediakan dengan seronoknya. Jika membawa anak yang lebih dari seorang, ruang bermain ini boleh mengurangkan rasa boring anak menunggu giliran. 
Jom tengok gambar yang saya ambil dari carian di google.
gambar ihsan google

Klinik pakar kanak-kanak lain harus mencontohi klinik ini dengan ideanya yang baik. Selain dapat menarik minat anak ke klinik, ia juga dapat memberi keselesaan kepada ibu ayah yang menunggu.

Anak saya dahulu sering sakit seperti yang di alami oleh anak ibu-ibu dalam video di bawah. Tetapi kini tidak lagi. Kami sudah jumpa SESUATU yang berharga.

Anda mungkin berminat membaca : 4 Ilmu Parenting Yang Betulkan Salah Faham Cara Saya Didik Anak Selama Ini

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge