Jika Anda Ada 7 Ciri Ini, Anda Ada Attitude yang Hebat

Hobi saya adalah membaca buku self-help. Sejujurnya saya belum berjaya mencapai title orang yang benar-benar berjaya dan menjadi inspirasi orang lain.

Tetapi, i’m happy sebab berjaya suburkan satu sifat dalam diri yang pemalas ini.

Membaca buku self-help

Baru sahaja mencebur diri. Baru sahaja merajinkan diri. (tepuk bahu, ahaks)

Salah satu buku self help terkini yang saya baca adalah buku tulisan John C. Maxwell yang bertajuk 3 Things Successful People Do

Di sini saya nak share 7 tanda seseorang itu mempunyai Attitude yang Hebat.

Tanda 1: Percaya Kepada Diri Sendiri

Kata-kata dari Herb True:

“Ramai orang tetap berjaya walaupun ramai yang tidak percaya kebolehan mereka
Tetapi, tak ramai orang berjaya bila DIRI SENDIRI tidak percaya kepada kebolehan sendiri”

Penulis buku ini menyatakan ini sifat paling UTAMA untuk berjaya.

Sesiapa yang tidak percaya kepada diri sendiri, minta maaf jika dikatakan, tiada benda yang menjadi untuk anda.

Nak buat bisnes, tak jadi
Nak score dalam periksa, tak capai
Nak berjaya dalam kerjaya, jangan harap

Orang yang tidak percaya kepada diri sendiri tak nampak matlamat nak berjaya kerana mereka sangat kisah apa orang kata pada mereka.

Tak buat lagi dah takut gagal.

Berbeza dengan mereka yang percaya kepada diri sendiri. Hidup lebih terarah sebab apa yang anda nampak adalah matlamat dan target.

Mereka lebih fokus untuk berjaya.
Mereka fokus untuk tingkatkan kemampuan diri untuk berjaya.

Tanda 2: Sangat Suka Melihat Kebaikan Dalam Diri Orang Lain

Penulis ini berkata beliau tidak pernah jumpa orang yang positif yang tidak suka melihat dan bersangka baik dengan orang lain.

Cara terbaik untuk melihat kebaikan dalam diri orang lain adalah dengan melihat apa yang bagus-bagus aje.

Setiap orang ada kebaikan dan kelemahan, positif atau negatif. Kita bebas bersangka baik atau buruk.
Orang yang mempunyai attitude yang hebat sentiasa memilih bersangka yang baik sahaja.

Kenapa ia penting untuk berjaya?

Pertama, apabila kita bersangka baik dengan orang, kita boleh kekalkan aura positif dalam diri.

Kedua, apabila kita bersangka baik, kita akan secara automatiknya melayan mereka dengan baik. Kita akan dapat apa yang kita beri.

Orang lain akan membalas sesuatu yang baik, apabila kita memberi/ melayan yang baik.

Tanda 3: Kebolehan Melihat Peluang Dimana-mana

Kebolehan ini bukan mudah. Kita berada di dunia yang kita sendiri tidak sangka apa yang berlaku pada masa akan datang.

Mungkin perkara yang baik, kita lihat satu peluang untuk berjaya. Jika ia sesuatu yang buruk, bagaimana?

Di situlah kelebihan orang yang mempunyai attitude yang hebat, mereka boleh ‘mencipta’ peluang di mana-mana, apa keadaan sekalipun. 

Penulis berkata – Peluang hadir bila anda ‘cari’/’cipta’ ia. Ia tidak hadir hanya kerana nasib atau keadaan.

Tanda 4: Fokus Kepada Penyelesaian

Mereka yang mempunyai attitude yang hebat fokus kepada solusi atau penyelesaian dan bukan masalah.

Orang biasa-biasa suka lihat kepada masalah.

Kita gagal dalam sesuatu, kita selalu stuck dengan menyalahkan keadaan, mencari siapa yang salah, melayan perasaan gagal atas sesuatu.

Orang yang berjaya ada mindset yang istimewa, mindset untuk cari cara selesaikan masalah dari membendung diri dengan masalah.

Mereka nampak solusi dalam setiap masalah
Mereka nampak jalan keluar dari setiap masalah yang sukar 
( Seeing a solution in every problem, a possibility in every impossibility)
~ ayat inggeris tetap indah. haha

Tanda 5 : Suka Memberi

Mereka yang memberi tak mungkin dapat selain dari kesan positif.

Karl Menninger berkata : Orang yang pemurah jarang ada sakit jiwa (mentally ill)
Haha. Apa punya translate daaa.

Orang pemurah (generous) jarang di kalangan orang negatif

Katanya lagi, orang pemurah fokuskan masa mereka dan tenaga mereka atas apa yang mereka boleh beri kepada orang lain berbanding dengan apa yang  mereka boleh dapat.

Lagi pemurah seseorang itu, lagi hebat dan bagus attitude mereka.

Kebanyakan orang yang tidak berjaya tak faham konsep ini. Mereka sangat bergantung kepada apa yang orang lain beri kepada mereka dan attitude mereka bergantung kepada apa yang mereka ada.

Penulis buku ini menyatakan, beliau banyak berjumpa orang miskin yang pemurah dan orang kaya yang kedekut.

Berapa yang anda ada tak penting. Yang penting, apa yang anda buat dengan rezeki yang anda ada.

Itu yang membezakan mereka yang mempunyai attitude yang hebat dan yang tak.

Tanda 6: Daya Tahan yang Tinggi (Persistence)

Don B. Owens Jr menyatakan:

“Ramai orang gagal dalam hidup kerana ikut kata-kata ini: ‘Jika anda gagal, cuba buat benda lain’

Malangnya, orang yang ikut kata-kata itu tak berjaya pun. Impian tak dapat nak dicapai kerana mereka tak nak rasa gagal (discouraged)

Mereka tidak suka kekecewaan dalam proses berjaya, patutnya cabaran-cabaran tersebut dapat naikkan semangat untuk lebih berjaya.

Attitude yang hebat adalah kebolehan untuk bertahan bila ada cabaran, mengatasi kegagalan (discouragement) dan masih teruskan usaha bila rasa kecewa.




Attitude ini yang membolehkan anda ada daya tahan yang tinggi.

Jika anda yakin anda akan capai kejayaan, anda teruskan usaha.
Jika anda yakin akan berjaya, anda tidak kisah jika perlu bersusah

Bila rasa semua usaha tidak menjadi, anda kekal bertahan kerana anda percaya akan ada sinar untuk berjaya.

Tanda 7: Bertanggungjawab dengan Diri Sendiri

Ciri terakhir orang yang positif ini adalah sanggup bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam hidup mereka.

Orang yang tidak berjaya tidak suka. Mereka suka menyalahkan orang lain (ini ayat saya. haha)

Mereka yang berjaya percaya tiada perkara positif berlaku jika mereka tidak buat sesuatu untuk berjaya.

Buat sesuatu untuk diri sendiri, bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang difikirkan dan tindakan mereka.

Dengan rasa tanggungjawab inilah, mereka yang berjaya boleh lihat kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan berani untuk berubah.

Semoga kesemua tanda-tanda ini boleh disuburkan dalam diri untuk ubah diri menjadi orang yang berjaya.

Selamat berjaya!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge