Dengan Pengalaman Ini, Saya Percaya Doa Ketika Berbuka Adalah MUSTAJAB

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Tip Sihat Selalu.

Melalui separuh Ramadhan ini , saya ada satu pengalaman yang mungkin tak boleh nak lupa.

Sebelum tu nak bagitahu, sharing ni bukan berniat nak menunjuk. atau bermegah-megah. Bukanlah nak highlight yang saya ada anak yang berbakat, tetapi nak cerita memang pasal doa ketika berbuka yang selama ini saya juga remehkan.

Ceritanya bermula ketika saya perlu berkursus pada hari ke 5 Ramadhan di Hotel Permai Inn Kuala Terengganu. Saya perlu berkursus selama 5 hari. 22hb Jun sehingga 26hb jun.

Silap taip nama hotel. Patutnya Permai Inn.

Hotel tersebut berada bersebelahan dengan masjid. Dekat sangat dengan masjid, setiap kali azan memang jelas dengar sampai bilik hotel.

Sebenarnya saya dah lama tak berkursus di luar. Ini juga kali pertama saya berjauhan dengan anak kecil, Si Amin yang baru berumur setahun 10 bulan.
Rasa sangat hiba setiap kali dengar azan. Ketika itu terfikir alangkah bagusnya jika anak-anak saya menjadi di kalangan mereka yang akan menghidupkan masjid. 
Bermula dari hari itu, saya akan berdoa setiap kali berbuka, a few minutes sebelum jamah kurma.

“Ya Allah, jadikanlah anak-anakku antara mereka yang akan menghidupkan masjidMu”

Honestly, ini ada pertama kali saya berdoa sebegitu. Mungkin sebab berjauhan dengan anak dan sangat rindukan mereka. 
Setiap hari saya doa tanpa gagal. Sejurus sebelum berbuka tidak lama, hanya sempat doa beberapa ayat sahaja.. dan salah satu doa itu adalah doa ini.
Sehinggalah saya balik dari kursus dan mendapat satu mesej dari cikgu Afiq pada 30 Jun 2015. 
Afiq masuk pertandingan azan? Biar betul?
Saya sendiri pun tak tahu Afiq ada bakat mengalunkan azan pada usia 9 tahun.

Dia seorang yang pemalu.

Sehinggalah saya sendiri minta dia berlatih di hadapan saya.

Dan hati si ibu sebak mendengar alunan azan si anak.

Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.

Terus teringat doa yang saya lafazkan sejak berkursus tempoh hari.

Terima kasih Allah, walaupun ia masih jauh dari realiti, tetapi hal ini sangat menghiburkan.

Moga satu hari nanti hati Afiq sentiasa rindu untuk menghidupkan masjid serta mengalunkan azan di sana setiap kali masuk waktu.

Afiq Bertanding Peringkat Akhir

Afiq bertanding peringkat Akhir

Dan kini, berdoa sejurus sebelum masuk waktu yang saya anggap remeh dan tak tahu kehebatannya adalah memang superb dan mustajab.

Yang pasti Allah beri petunjuk ini mungkin untuk sama-sama mengajak rakan-rakan pembaca blog ini untuk meluangkan beberapa minit sebelum berbuka dengan berdoa.

Klik link untuk melihat afiq azan yang dirakam oleh cikgu ketika peringkat saringan
https://www.facebook.com/idafadliza/videos/10153411518539556/?pnref=story

Related Posts

One thought on “Dengan Pengalaman Ini, Saya Percaya Doa Ketika Berbuka Adalah MUSTAJAB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge