Cara Urus Duit Bisnes / Gaji : 2 Tabungan Ini Jangan Lupa

Revision Cara Urus Duit mengikut buku BestSeller, Secret of the Millionaire Mind
.
“The habit of managing your money is more important than the amount”
.
Pengurusan kewangan keluarga saya di handle oleh encik cikgu
Kecekapan menguruskan wang saya serag kepada dia, maka cara mengurus wang tak banyak saya apply.
.
Saya banyak uruskan extra income 4 angka dari bisnes Shaklee sahaja.
.
Salah satu tips bagus berkaitan pengurusan wang yang saya jumpa adalah dari T. Harv Eker, penulis buku Secret Of Millionaire Mind
.
Dia pecahkan simpanan kepada 5. 2 terpenting adalah:
10% ke dalam Akaun Financial Freedom
10% ke dalam Akaun Play
.
.
Akaun Financial Freedom:
=====
Anda masukkan 10% dari duit ke akaun ini setiap bulan. Bila boleh guna?
TIDAK BOLEH GUNA sampai bila-bila.
Ia berfungsi sebagai pelaburan dan income pasif.
.
Cara yang biasa kita buat, buat tabung Hijau dan Kuning
Kumpul semua duit RM5 dan RM20 yang kita jumpa dalam transaction hari-hari.
Itu pun boleh masuk kategori Akaun Financial Freedom.
.
.
Akaun Play
=====
Selain menyimpan, kita kena ada keseimbangan dengan ada duit untuk dibelanja. Pelik kan?
.
Akaun Play ni adalah duit yang kita guna untuk MANJAkan diri setiap bulan dengan benda yang kita tak biasa buat.
.
Kita mungkin boleh order finest Steak in the town
Atau staycation di hotel mewah
Atau masuk Spa paling mahal
.
Macam membazir aje, tapi penulis ni kata, ia WAJIB kita belanja setiap bulan.
Ia akan jadi penguat semangat untuk reward effort kita yang dah susah payah kumpul duit
.
Ia akan jadikan pengurusan wang kita menyeronokkan. Kita lagi enjoy urus wang bila ada akaun Play ni.
.
4 lagi akaun yang kita boleh buat adalah seperti dalam gambar. 


.
10 peratus jangan dilupa untuk bersedekah.
Millionaire barat pun ada allocate untuk Give/sedekah, kita ni apatah lagi kan. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge