Betul Ke Ada Ketumbuhan pada Payudara yang Bukan Kanser?

Ida tertarik nak tulis tentang ketumbuhan pada payudara selepas dapat mesej dari seorang customer yang mencari suplemen untuk anaknya yang ada ketumbuhan pada payudara.

Anaknya baru umur 19 tahun.

Katanya, anaknya dah setahun dikesan ada ketumbuhan. Tahun lepas, doktor tak boleh buat operation lagi sebab sangat kecil. Tahun ni, ketumbuhan itu perlu diperiksa semula.

Kalau membesar, ia perlu dibuang melalui operation

Fibroadenoma

Bila Ida cari info tentang ketumbuhan payudara, terjumpa artikel di blog mmgazette.com yang ditulis oleh Dr Ruhi Fadzlyana berkaitan ketumbuhan payudara.

Rupanya ketulan atau ketumbuhan pada payudara ada 5 jenis:

1. Kanser payudara 

Benjolan selalunya tidak disertai dengan kesakitan di payudara. Sesetengah pesakit mempunyai perubahan pada kulit seperti kemerahan (erythematous), kulit tegang, atau tertarik kelihatan seperti lesung pipit (dimpling). Benjolan keras yang kekal atau membesar tidak berkaitan dengan putaran haid atau dikalangan wanita menopause.

2. Fibroadenosis 

Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.

3. Galactocele (bengkak susu) 

Benjolan yang terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.

4. Breast cyst 

Benjolan yang lembut. Boleh diketemui di kalangan semua umur pesakit.

5. Fibroadenoma

Ketumbuhan yang sering berlaku dikalangan wanita berusia kurang dari 30 tahun. Biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara.
Ida tertarik dengan jenis yang ke 5, Fibroadenoma sebab Dr Zubaidi juga ada ditanya berkaitan perkara tersebut di blognya.
Soalannya ada seperti berikut

“Assalamualaikum doktor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi 

Saya telah membuat pemeriksaan doktor, dan doktor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit.

Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakkukan pembedahan.
Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara? Terima kasih”

Ida ringkaskan jawapan Dr Zubaidi kepada soalan tersebut dalam bentuk poin
1. Ia hanya ketulan fibroadenoma , tidak bahaya dan tidak akan menyebabkan kanser . Jika kanser, selalunya dalam masa 6 bulan, ia akan menjadi parah kerana kanser bersifat sangat agresif .Sedangkan ketulan ini telah lama dikesan.
2. Fibroadenoma adalah ketulan pada itsu payudsara.Ia boleh jadi lebih dari satu dalam satu masa.
3. Ketulan fibroadenoma biasa berlaku pada wanita 20an dan 30an pada mana-mana belah payudara. 
4. Ia boleh dicadangkan untuk dibuang jika terlalu besar dan menyakitkan. 
5. Setelah dibuang, ia mungkin boleh berulang.
6. Ketulan fibroadenoma biasa dikaitkan dengan tahap hormon estrogen dalam badan wanita yang lebih tinggi dari biasa. Saiz ketulan fibroadenoma selalunya akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun.
Lepas baca penerangan dari dua doktor ni, baru Ida jelas tentang ketumbuhan payudara. Ida ingat selama ni semua ketumbuhan payudara adalah kanser.
Mungkin ada yang terfikir tentang cara nak hilangkan ketumbuhan ni selain operation kan?
Jom baca pengalaman Kawan Ida di bawah ni

“Dunia Saya Terasa Gelap”

Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu.

Sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya.

Saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. 

Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.

Bau Dan Warna Cecair Tersebut Confirm Darah

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. 

Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.
Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.

Sel Bukan Dari Kumpulan Kanser

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. 
Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT’ di sebelah kanan payudara saya. 
Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. 
Dan hasil ujian itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. 
Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.

Dah Tinggal 1

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. 

Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.

Allahuakhbar !!! 

Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.
Confirm tak ada!!! 
Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). 
Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .

Vivix Bantu Kecutkan Ketumbuhan Payudara

Bayangkan apa yang kita takutkan hilang dengan cuba supplemen terbaik? Seperti mati hidup semula.
Syukur, sahabat Ida ni dapat semula ‘hidup’nya selepas cuba Vivix
Semakin anda baca testimoni di bawah ni, pasti yakin Vivix boleh bantu kecutkan ketumbuhan.

Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?

Ikuti langkah mudah di bawah

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge