Bercuti (3D2N) dan Main Indoor Theme Park di Berjaya Times Square

Alhamdulillah, ketika entry ni di tulis, Ida sudah berada di hari kedua bercuti di Berjaya Times Square KL Hotel.

Ida dan family booking di hotel ini untuk 3 hari 2 malam

Kenapa Berjaya Times Square Hotel?

Selain dari bajet terhad untuk ke tempat lebih eksklusif dan luar negara, kami lebih mengutamakan tempat yang mesra anak-anak.

Tahun lepas, kami bercuti di Bukit Gambang Resort City, hanya 45 minit dari rumah. Kami pilih tempat yang anak-anak boleh enjoy, walaupun kami tak berapa rehat dan bercuti.

Boleh baca pengalaman di sini : Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan

Tahun ini, memandangkan musim hujan di merata tempat, tepi pantai dan kolam terbuka memang bukan pilihan.

Jadi, tiba-tiba teringat Time Square Theme Park yang pernah kami pergi 10 tahun lepas.

Jadi kami decide untuk booking hotel dan menginap di sini, mudah untuk pergi ke theme park. Hanya turun lift dan sampai. Hihi

Harga Tiket Hotel dan Theme Park

Sebelum booking, kami dah survey dahulu dua harga ini.

Untuk booking hotel, ada pakej menarik untuk keluarga.

Kami tertarik dengan pakej Feel Good Getaway kerana pakej tersebut ada termasuk sekali harga tiket ke theme park untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Perbezaan dengan harga tiket biasa hanya RM30. Jika beli tiket asing untuk satu keluarga perlu bayar dalam harga RM100++.

Rujuk harga tiket theme Park di bawah.

Bezanya Hotel 5 Bintang Berjaya Times Square Berbanding Hotel Lain

Setanding dengan harganya, hotel ni memang eksklusif bagi Ida yang jarang duduk hotel mewah. Hotel 5 bintang lain yang pernah Ida duduk adalah Palace of Golden Horses

Tetapi, beberapa kelainan yang Ida rasa best adalah:


Design bilik yang menarik.

Design bilik hotel ini lebih menarik kerana ada petition/ pintu memisahkan ruang-ruang di dalamnya. Walaupun Ida rasa keluasannya lebih kurang sama dengan hotel lain, tetapi design ini memang jarang Ida jumpa.

Design ni menarik dan memang mengikut citarasa Ida, mungkin beza dengan citarasa orang lain.

gambar google

Toilet dan Tempat Mandi Dipisahkan

Toilet dan Tempat mandi dipisahkan dengan satu pintu. Ia satu kelainan dan bagi Ida sangat memberi keselesaan.

Setiap ruang ada singki sendiri.

gambar google


Ruang Pantri Ada Sinki, Iron Board Disediakan

Ada sinki khas di ruang pantri, ada Japanese tea paket disediakan selain dari teh biasa dan paket nescafe biasa.

Bilik Boleh Dibiarkan Tidak Off

Kalau Ida menginap di hotel lain lazimnya semua suis akan di OFFkan, tetapi pertama kali jumpa hotel yang boleh biarkan aircond, suiz charger ON sepanjang peninggalan kami keluar dari hotel.
Balik hotel tak perlu tunggu sejuk. Aircond dah siap terpasang. Hihi.

Ada Kopi Freshly Brewed

Breakfast di sini rasanya biasa aje, tapi istimewanya yang Ida tak jumpa di tempat lain adalah kopinya yang dikisar segar dari biji kopi.
Pergh. Memang umph sangat.

Namun, menunya kekurangan desert puding dan kek, walaupun dari segi yang lain, memang banyak dan sedap-sedap.
Antara menu breakfast yang ada
– Nasi Lemak, Mee Goreng, Nasi Goreng
– Bubur, Oat, Cereal, Yogurt
– Roti Canai, Mee Soto, Telur Omelet, Sosej
– Roti, wafle, Muffin, Buah-buahan
– Air buahan, Kopi, Teh

Taman Tema Indoor

Ida pilih untuk ke taman tema di Times Square ni sebab pernah pergi sini dengan suami 10 tahun lepas, dan dah naik Roller Coaster kat sini.

Ada 2 bahagian taman tema: Kanak-kanak dan Dewasa

Untuk Dewasa memang sesuai untuk yang sukakan adventure sebab kebanyakan permainannya agak extreme.

gambar dari web berjayatimesquarethemeparkkl.com

Semalam, Ida cuma masuk untuk teman anak-anak main sahaja memandangkan Ida mengandung. Suami aje sempat naik Roller Coaster dia yang best.

Untuk anak-anak pun ada. 
gambar dari web berjayatimesquarethemeparkkl.com

Bagi Ida memang best permainan-permainan ni untuk hero-hero Ida. Cuma personally, anak yang darjah 1 tu dah tak berapa enjoy permainan ni, tak mencabar katanya. Haha.

Anak darjah 4 boleh dah join yang dewasa punya, tapi takut ekstrem pula.

Permainan-permainan ni sesuai untuk umur 3- 6 tahun kot. Amin memang suka sangat. Fun betul bagi dia. Abid pun suka.

Swimming Pool Best

Lepas rasa tak berapa best masuk taman tema, Arif dan Afiq dapat main best kat swimming pool hotel.

Swimming Pool kat sini sangat cantik.

Anak-anak memang enjoy

Cantik kan? ihsan gambar google

Afiq, Arif dan Abid nampak sangat enjoy main swimming pool berbanding main di taman tema sampai taknak keluar dari kolam.

Amin je takut main air. Tak tahan sejuk.

2 Benda Yang Tak Berapa Ida Suka 

Dalam banyak-banyak benda best, mesti ada yang tak best kan?

2 Benda yang Ida agak kurang gemar kat sini pertamanya adalah toilet hotel tiada hos untuk berwudu’ dan bersuci.

Ida faham sbb hotel ni lebih ramai foreigner yang duduk, maka agak kurang selesa la kan, lagi-lagi ada anak yang masih membuang di dalam pampers.

Nak bersihkan agak mengelirukan juga.

Solutionnya, toilet dalam shopping mall lebih sesuai.

Satu lagi, tentang kos makan yang mahal. Nama pun tengah bandar kan? Terpaksa pilih untuk makan kat fast food dalam shopping mall.

Hari kedua punya lunch, kami makan Subway. Kos 6 orang RM60. Dinner di Pizza Hut, melantak sampai RM95 (pengsan)

Makan set untuk 4 orang RM60, ada tambah drummet, pizza tukar cheezy crust.

Banyak outlet luar, tapi malas nak drive dan mengadap jem tengah bandar KL. Lagipun kalau kami keluar, kena caj parking RM10 sehari.

Lepas ni, kena bawa Noxxa kot.

Vitamin Sepanjang Vacation

Bercuti dengan anak-anak aktif ni bukan mudah. Perlukan tenaga lebih, perlu fokus lebih. Kalau kita cepat letih, mudah nak stress.

Lagi-lagi Ida dah pregnant 5 bulan.

Husband pun asyik tanya “Ibu larat ke ni.. Ibu larat ke ni” Haha.

Nutriferon memang vitamin penting kena ada setiap kali travel walaupun balik kampung. Sepanjang travel, imun anak-anak mudah terjejas.
Makan tak terjaga, stress dan mudah penat.
Nutriferon memang kuatkan imun badan. Mudah di bawa sebab dalam bentuk sachet. Ida bawa sampai sekotak, sebab baru nak buka kotak baru.
Sebagai ibu mengandung, Ida bawa sekali vitamin-vitamin penting untuk ibu hamil. Sebenarnya, semua vitamin untuk ibu hamil memang universal.
Anak dan suami pun boleh makan.
Semalam, masa memandu, suami mengantuk. Beliau cuma minta Bcomplex instead dari beli kopi untuk hilangkan mengantuk.
Beliau pernah termakan BComplex ketika nak dekat tidur dan lepas tu, tak boleh nak tidur. Terkelip-kelip mata sebab BComplex boleh jadikan badan segar dan hilang mengantuk.
Bcomplex pun boleh control stress terutama jika tiba-tiba anak mengamuk di mana sahaja.

Amin mengamuk sambil campak kasut

Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan

Harga Bilik + Tiket Theme Park (2 Dewasa 2 Kanak-kanak) = RM806
Tambahan Tiket Theme Park (2 Kanak-kanak) = RM60
Roti + Biskut + Kaya + Air Mineral (kudapan ringan dalam hotel) = RM23

Breakfast Tambahan untuk Abid = RM29

Lunch Day 2(Subway) = RM60

Dinner Day 2 (Pizza Hut) = RM94

Total = RM1072

Syukur, Bajet untuk bercuti kali ini juga menggunakan bonus dari Shaklee. Memang berbaloi buat bisnes Shaklee.

Panjang betul entri ni, sarat dengan gambar.

Bisnes Shaklee memang berbaloi. Sambil makan dan tingkatkan kesihatan, ia boleh tambah income bulanan juga.

Ada yang nak join bisnes ni? Hubungi Saya 019-3816167 (Ida)

Related Posts

2 thoughts on “Bercuti (3D2N) dan Main Indoor Theme Park di Berjaya Times Square

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge