Benarkah Makan Vitamin C Berlebihan Berbahaya?

Vitamin C adalah vitamin popular yang banyak gunanya. Ramai yang ingin jadi cantik dengan suntik Vitamin C. Ada yang ingin cepat baik luka dengan makan Vitamin C.

Vitamin C bukan sahaja vitamin untuk dewasa, malahan ia juga vitamin untuk kanak-kanak.

Anak saya memang suka makan vitamin C kerana rasanya yang seperti buah oren. Ia baik untuk kuatkan imun kanak-kanak kerana pada ketika ini, badan mereka masih tidak kuat untuk lawan penyakit.

Apa Fungsi Vitamin C Sebagai Antioksida?

Fungsi Vitamin C sebagai antioksida memang dah dikenali ramai, tapi tak ramai yang tahu apa pentingnya antioksida kepada badan.

Setiap hari sel badan kita terdedah dengan radikal bebas. Melalui pencemaran dan makanan yang kita makan juga boleh kena radikal bebas.

Radikal bebas lemahkan sel badan. Ini menyebabkan kita mudah terkena penyakit bila tidak ada perlindungan dari antioksida.

Dengan makan Vitamin C secara konsisten, kita boleh bantu sel badan dari dirosakkan dan kurangkan risiko jangkitan seterusnya risiko terkena sel barah.

Adakah bahaya jika Terlebih Vitamin C?

Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Jika kita terlebih dos, buah pinggang akan membuangnya melalui urin atau air kencing. 

Menurut laman web sheknows.com, orang dewasa yang berumur 19 tahun ke atas disarankan ambil kurang dari 2000mg dos Vitamin C sahaja sehari.

Terlebih dos Vitamin C boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut kerana kandungan asid yang berlebihan dalam perut.

Dos Cadangan Harian Vitamin C

Kanak-kanak
0-6 bulan : 40mg sehari
7-12 bulan : 50mg sehari
1-3 tahun : 15 mg sehari
4-8 tahun : 25mg sehari

Lelaki
Lelaki (umur 9-13) : 45mg sehari
Lelaki ( umur 14-18) : 75mg sehari
Lelaki (umur 19 tahun ke atas): 90mg sehari

Perempuan
Perempuan (umur 9-13): 45 mg sehari
Perempuan (umur 14 18): 65mg sehari
Perempuan (umur 19 ke atas): 75 mg sehari
Perempuan mengandung (umur 19 tahun ke atas): 85 mg sehari
Perempuan menyusu (umur 19 tahun ke atas): 120 mg sehari

Anda pasti berminat membaca artikel ini: 25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan

Satu-satunya Vitamin C dengan Ciri Hebat

Apa-apa vitamin yang larut air akan mudah disingkir ke dalam air kencing sejurus selepas kita makan. Jadi badan kita akan mendapat khasiatnya secara sementara dan sekejap sahaja.

Tetapi, dengan ciri hebat Pelepasan Berperingkat oleh Vitamin C Shaklee mampu mengekalkan khasiat vitamin C lebih lama dalam perut.

Maka, kesan perlindungan dari serangan radikal bebas akan jadi lebih lama dan boleh bantu kita kekal lebih sihat dan cergas sepanjang masa.

Hebat kan?

Dapatkan Vitamin C Shaklee anda hari ini.


Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge