Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya | Cabaran 7 Hari Entry

Bersambung lagi cabaran blogging. Haha.
Cabaran paling mencabar buat setakat ini.

Jom tengok gambar

Jangan tertipu. Bukan ini sahaja ada dalam handbag saya. Baaaanyyaaak lagi. Tapi yang ini sahaja yang mampu di ambil gambar. Hihi
1. Purse – Macam biasa lah kan. Mesti ada dalam handbag
2. Buku Nota – Ni memang tak boleh tinggal. Banyak idea boleh catat walaupun on the go. Orang pelupa memang wajib bawa buku nota.
3. Termometer – Yang ni memang ada dalam beg tangan, senang nak pantau suhu anak. 
4. Gincu dan Bedak Compact 
5. Kabel – Ini adalah paling penting selepas purse dan handset. Sama penting dengan handset.
6. Pendrive – banyak benda penting dalam ni. Audio parenting pun ada untuk saya dengar dalam kereta. 
7. Stamp untuk alamat – Yang ni untuk saya cop alamat pada kertas pos laju bila nak pos. Alamat rumah panjang sangat, ada benda ni senang kerja dan jimat masa
8. Coqhealth – Vitamin yang paling saya suka akhir-akhir ni. Setiap hari saya ambil 2 biji untuk kecergasan saya. Best sangat. Memang jarang dah letih sekarang lepas makan coqhealth. Tak mengah sangat bila naik tangga. (kelas saya di tingkat 4)
9. Purse kecil – Yang ni saya guna untuk asingkan duit bisnes dari duit poket sendiri. Kalau campur, alamat memang tak nampak mana modal nak di rolling balik. 
Hehe. Cabaran yang mencabar tapi seronok. Anda punya pula bagaimana?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge