9 Tips Berjimat Ketika Sambut Bayi Baru Supaya Tidak Perlu Stress Kena Tambah Hutang

Yeay. Alhamdulillah

Seronok tidak terkira bila lihat 2 line pada pregnancy tester.

Syukur, Allah kurniakan rezeki lagi untuk anda. Jika ini anak yang pertama pasti lebih tak sabar lagi nak melalui saat indah memeluk zuriat pertama yang diimpikan.

Macam-macam nak beli. Mungkin boleh sampai berhabis ribu-ribu.

Ada sampai seribu, ada sampai 2 ribu, dan ada sampai 10 ribu.

Banyak sangat yang dikorbankan demi menyambut kelahiran bayi baru. Dari sekecil sarung tangan hingga ke persiapan bilik dan katil. Semua ekspo ibu dan anak di pasaraya besar di terjah. Habis semua buku tentang ibu dan anak dilanggan.

Ida pun pernah lalui perkara sama, sekarang ni Ida dah ada 4 anak lelaki. Memang setiap kali kelahiran akan ada bajet khas semata-mata untuk menyambut insan istimewa ini.

Tetapi Ida percaya ramai ibu bapa tidak sedar ada juga perkara yang kurang penting di beli atau diutamakan, dan ini boleh menjimatkan wang ibu ayah.

Jom ikuti 9 tips penjimatan belanja yang mungkin ibu ayah boleh praktikkan.

Baca: Nak Kempiskan Perut Lepas Bersalin? Amalkan 8 Amalan Ini

Tips 1: Pilih Hospital

Memang excited bila nak pilih hospital nak bersalin. Ada yang prefer hospital swasta sebab keselesaan yang lebih tetapi kosnya agak tinggi. Beberapa tahun lepas kenalan Ida yang bersalin di hospital swasta terpaksa di caj hampir 10k kerana terpaksa bersalin ceaser saat akhir kerana komplikasi.

Jika bersalin normal juga di hospital swasta, kosnya sekarang masih lebih dari RM2k. Memang tinggi berbanding dengan hospital kerajaan.

Ida bersalin 4 hero di hospital kerajaan – Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kuantan. Perkhidmatan yang diberikan memang best, keempat-empat kelahiran ditemani oleh suami di dalam Labour Room.

Berikut adalah catatan detik kelahiran anak-anak Ida yang sempat dicoret (anak pertama tak sempat nak tulis):
1) Detik Kelahiran Arif – anak kedua
2) Detik Kelahiran Abid – anak ketiga
3) Detik Kelahiran Amin – anak keempat

Kebanyakan Hospital kerajaan sekarang mempunyai layanan yang bagus juga. Saya sendiri mengalaminya dan yang lebih bagus lagi, ia jauuuuhhh lebih murah dari swasta.

Menurut artikel dalam majalah Pa & Ma April 2006, jika anda tidak mampu untuk ke hospital swasta, anda boleh memilih untuk bersalin di Klinik Bersalin di mana kosnya tidak semahal hospital swasta.

Doktornya juga adalah doktor pakar. Hanya doktor pakar sahaja yang boleh membuka klinik bersalin.

Tips 2 : Susu Ibu


Sebelum bersalin, disarankan ibu-ibu untuk tingkatkan ilmu tentang penyusuan susu ibu dengan baik supaya mudah untuk menyusukan anak sejurus selepas bersalin.

Selain kebaikannya yang tak terhingga, ia juga sangat menjimatkan wang. Harga susu formula kini memang sangat tinggi, botol susu yang perlu ditukar dan kesukaran untuk membawa ke mana-mana bila perlu travel.

Ida juga dapat menyusukan anak ke tiga sehingga umur 2 tahun dan kini masih menyusukan anak ke 4 yang berumur setahun 10 bulan.

Memang sangat jimat. Walaupun anak ke 4 ni dah bercampur susu dengan susu formula, tetapi ia masih menjimatkan serba sedikit kerana anak menyusu penuh ketika waktu malam, dan tidak perlu membancuh susu pada waktu malam.

Tips 3: Pakaian


Pakaian untuk newborn tidak perlu dibeli terlalu banyak. Ini kerana bayi kecil cepat membesar. Kadang-kala saiz bayi newborn yang besar boleh memakai saiz baju untuk bayi 6 bulan.

Cukuplah untuk membeli 5 hingga 6 pasang pelbagai jenis (baju lengan panjang atau pendek, seluar panjang atau pendek) untuk bayi newborn dan akan ditambah dari masa ke semasa mengikut saiz anak.

Mujurlah Ida mempunyai anak semua lelaki, maka untuk kelahiran anak kedua dan seterusnya, mereka hanya akan menggunakan semula baju kecil abang-abang mereka kerana perkembangan yang cepat.

Ida hanya akan standby sedikit bajet sahaja menukar baju lama yang sudah lusuh dan tidak boleh digunakan lagi instead of membeli baru semuanya.

Tips 4 : Untuk Lelaki dan Perempuan.

Biru untuk lelaki
Pink untuk perempuan.

Dah jadi trademark dua warna ini mewakili jantina masing-masing. Jadi tidak hairanlah jika semua baju kecil rumah Ida adalah biru. hihi.

Sebenarnya, untuk lebih menjimatkan, disarankan ibu ayah membeli baju pada warna yang boleh dipakai untuk bayi lelaki dan perempuan.

Universal.

Mungkin warna hijau, kuning atau putih untuk bayi kecil. Mungkin setelah mereka membesar sedikit, barulah baju-baju yang dipilih mengikut warna trademark masing-masing.

Tips 5: Kasut


Jika ada di dalam list ibu ayah untuk membeli kasut untuk bayi, sila lupakan. Ia agak membazir. Mungkin nampak comel, tetapi fungsinya seakan-akan tiada kerana bayi kecil masih belum boleh berjalan.

Mungkin membeli stokin kecil bercorak atau booties yang sedikit keras berbentuk kasut lebih sesuai dah jauh lebih murah dari membeli kasut.

Tips 6 : Katil Bayi


Bagi sesetengah orang, katil bayi adalah perlu dan wajib, tetapi tidak ramai yang menggunakannya sejurus selepas kelahiran.

Kebanyakan amalan ibu-ibu di Malaysia gemar tidur bersebelahan dengan bayi baru lahir atau hanya tidur di atas tilam di lantai sahaja. Ibu-ibu mudah untuk menyusukan bayi apabila tidur bersama.

Ida juga begitu, tetapi untuk anak ketiga dan keempat, Ida fikir katil bayi adalah penting juga untuk bantu elak abang-abang mereka mengganggu mereka tidur ketika kita mungkin sedang di dalam toilet.

Siapa yang ada kes macam Ida, anda pasti setuju. Penghalang pada katil sangat berguna elak si abang terpijak atau terlompat di atas adiknya yang baru lahir.


Boleh berderau darah jika memikirkan situasi ini.

Tips 7 : Barangan Bayi.


Mungkin tips yang ini boleh diambil kira walaupun nampak lucu. Barangan bayi seperti bedak, losyen dan syampu tidak perlu untuk dibeli banyak-banyak.

Anda tahu kenapa? Sila jangan gelak jika tahu.

Ya. Sebab mungkin kita boleh dapat lebih lagi dari hadiah dari kawan-kawan. Err.. betul tak?

Tips 8: Kereta Sorong


Kereta sorong / stroller memang keperluan untuk bayi tetapi kita harus memilih dengan betul. Ciri yang paling penting adalah adakah ia boleh digunakan apabila usia bayi menginjak 1- 2 tahun?

Biarlah kita membeli stroller yang boleh dipakai lama. Sama juga dengan pengendung / babywearing.

Ia bukan murah untuk dibeli kerana harganya ada mencecah ribuan ringgit.

Kalau anda nak tahu satu rahsia, setakat ni, Ida hanya ada 1 stroller sejak dari anak 1 sehingga anak 4 dan satu pengendong sahaja. Memang jimat jika kita dapat memilih stroller yang betul dan tahan lama.

Tips 9 : Masak sendiri.


Apabila usia anak menginjak 6 bulan, ramai ibu ayah akan mencari cereal dan makanan instant di kedai untuk anak. Yang paling famous adalah jenama Nestum la kan.

Ida pun sama. Memang itulah cara paling mudah untuk ibu-ibu terutama yang bekerjaya seperti Ida.

Namun begitu, memasak sendiri makanan bayi adalah jauh lebih bagus lagi. Selain daripada mendapat khasiat segar dan kurang gula, kita juga dapat jimatkan duit untuk membeli makanan instant mereka yang bukan murah.

Lagipun, dah banyak group ibu-ibu yang menyokong homemade solid food di FB sebagai panduan ibu baru yang tidak pernah masak sendiri makanan bayi.

Sejujurnya, tips ini sangat bagus untuk Ida sendiri amalkan kerana masih belum berjaya memasak sepenuhnya dengan pelbagai citarasa kepada anak sendiri.

Mungkin boleh dijadikan azam baru untuk anak ke 5 ? Opsss.

Jom. Ida nak dekat pendapat anda juga. Boleh coretkan di ruang komen di bawah.
Terima kasih kerana sudi komen.

Related Posts

9 thoughts on “9 Tips Berjimat Ketika Sambut Bayi Baru Supaya Tidak Perlu Stress Kena Tambah Hutang

  1. Tips yg berguna ni sis. Cx baru je beli brg baby haritu dan Alhamdulillah ikut saranan sis ni. Hehhe betul sis.. tk perlu beli sgt sbb baby cpt besar. Cx pon beli baju unisex je sbb tk tau lg baby boy or girl. Pdhl da 7bln. Hehhe doakan cx ya sis raya haji nanti. 🙂

  2. Ida, akak beli cloth diapers masa anak sulung…masa tu mahal lagi sehelai rm45…tapi alhamdulillah akak boleh guna sampai sekarang anak ke 3 umur 2 tahun lebih…selain sangat jimat akak tak perlu buang sampah yang banyak setiap hari. Cuma bila dah besar ni masa dirumah pengasuh akak bekalkan pempers pakai buang…itupun 1beg boleh guna hingga ke 2 bulan…

  3. Ida, akak beli cloth diapers masa anak sulung…masa tu mahal lagi sehelai rm45…tapi alhamdulillah akak boleh guna sampai sekarang anak ke 3 umur 2 tahun lebih…selain sangat jimat akak tak perlu buang sampah yang banyak setiap hari. Cuma bila dah besar ni masa dirumah pengasuh akak bekalkan pempers pakai buang…itupun 1beg boleh guna hingga ke 2 bulan…

  4. Ida, akak beli cloth diapers masa anak sulung…masa tu mahal lagi sehelai rm45…tapi alhamdulillah akak boleh guna sampai sekarang anak ke 3 umur 2 tahun lebih…selain sangat jimat akak tak perlu buang sampah yang banyak setiap hari. Cuma bila dah besar ni masa dirumah pengasuh akak bekalkan pempers pakai buang…itupun 1beg boleh guna hingga ke 2 bulan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge