9 Gambar Hasil Sebelum dan Selepas Pembedahan Plastik Popular di Amerika

Ramai orang terdesak untuk buat apa sahaja untuk cantik. Dahulu, pembedahan plastik hanya dibuat oleh orang kaya sahaja, kini tidak lagi.

Menurut web webmd.com, lebih sejuta orang Amerika berjumpa dengan pakar bedah pembedahan plastik untuk membuat pembedahan plastik sebagai jalan pintas untuk kelihatan cantik.

Antara proses yang popular adalah mengempiskan perut dan membentuk semula hidung dan pipi

Berikut adalah 9 gambar sebelum dan selepas pembedahan dijalankan di beberapa bahagian badan.

1. Membentuk Semula Hidung

Bentuk semula hidung atau rhinoplasty adalah pembedahan plastik paling popular. Doktor yang berpengalaman boleh bentuk semula hidung yang besar, ada rangka ditengah atau ada masalah selepas kecederaan.
Pembedahan ini popular di kalangan remaja, tetapi biasanya usia yang sesuai dilakukan sekurang-kurangnya berumur 15 atau 16 tahun. 
Biasanya ia ambil masa antara 1 hingga 3 minggu untuk sembuh.

2. Kelopak Mata

Pembedahan kelopak mata atau blepharoplasty, boleh kurangkan masalah mata sepet atau ada eye bag. Lebihan kulit atau lemak akan dibuang untuk membentuk kelopak mata yang lebih cantik.
Lemak akan dipindahkan ke bahagian lain untuk kurangkan nampak ‘kembung’ pada bahagian muka.
Proses sembuh mungkin ambil masa dalam seminggu. Biasanya sukar nak nampak ada parut di bahagian ini.
Anda Pasti Berminat Membaca : Vitamin Untuk Mata Rabun

3. Naikkan Otot Leher

Kesan gelebeh pada leher akan ketara bila semakin tua. Untuk nampak lebih muda dan cantik, pembedahan naikkan otot leher boleh dilakukan.
Kesan gelebeh berlaku bila otot bahagian leher dah lemah. Pakar bedah boleh bantu untuk kelihatan lebih cantik dengan buang otot ini atau baiki otot atau mungkin membuang lemak di bahagian tersebut.
Proses ini mungkin boleh menyebabkan sedikit sahaja risiko jangkitan. Ia boleh sembuh dalam masa 2 minggu.

4.  Naikkan Kulit Muka (Facelift)

Pembedahan naikkan kulit muka boleh licinkan muka dan nampak awet muda. 
Pembedahan ini bermula dari telinga, pakar bedah akan buang kulit berlebihan dan betulkan lapisan dalam kulit dan otot untuk tegangkan kulit.
Tapi, pembedahan ini dah tak berapa popular sebab ramai lebih memilih option cucuk kulit, Botox, tegangan menggunakan radiofrekuensi dan terapi laser.
Anda Pasti Berminat Membaca : Rahsia Hilangkan Jeragat Kehitaman

5. Kaedah Laser Kulit

Proses ini guna laser untuk buang sel-sel mati yang rosak pada kulit. Bila kulit luar yang rosak ini dibuang, jeragat dan garis halus akan hilang.
Kaedah laser sesuai untuk kulit yang rosak akibat cahaya matahari dan parut jerawat.
Proses untuk sembuh ambil masa 2 minggu bergantung kepada jenis laser.

6. Tanam rambut

Kebanyakan dari mereka yang telah berumur akan alami keguguran rambut. Ada bahagian kepala yang tebal rambutnya, ada yang dah nipis dan botak.
Proses tanam rambut ini akan pindah bahagian rambut yang tebal ke bahagian kepala yang sudah tiada rambut.
Anda Pasti Berminat Membaca : 7 Tips Kurangkan Rambut Gugur

7. Naikkan otot lengan

Bukan sahaja bahagian muka akan geleber, bahagian lengan juga akan alaminya.
Ia akan membentuk seperti chicken wing – lebihan kulit dan lemak yang tergantung di lengan. Ia sangat hodoh.
Pembedahan naikkan otot lengan atau brachioplasty boleh kurangkan masalah geleber ini. Ia tegangkan bahagian bawah ketiak dengan membuang lebihan kulit dan lemak. 

8. Pembedahan Buang Lemak (Liposuction)

Pembedahan plastik ini adalah antara pembedahan yang popular. Dengan menggunakan kaedah sedutan, pakar bedah akan membuang lemak di perut, peha, punggung dan belakang badan.
Hasilnya akan meninggalkan kesan lebih slim dan kurus.
Beberapa komplikasi yang akan berlaku hasil pembedahan ini adalah jangkitan, pembuangan lemak yang tidak sekata dan perubahan warna kulit. 

9. Pembedahan Perut

Ia seolah-olah liposuction, tetapi pembedahan perut ini adalah pembedahan skala besar. Ia juga dipanggil abdominoplasty.
Ia membuat lemak dan tegangkan semula otot di perut. Pembedahan ini ambil masa beberapa jam dan biasanya akan meninggalkan parut yang besar 
Ia tidak sesuai untuk mereka yang ingin kurangkan lebih banyak berat badan dan wanita yang masih ingin mengandung.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge