9 Checklist Persediaan Untuk Ramadhan, Yang Keenam Dah Kena Mula Awal

Alhamdulillah, Ramadhan akan datang tak lama lagi. Pasti ramai yang rindu datangnya bulan mulia ini.

Adakah anda sudah bersedia fizikal dan mental?

Masih belum? Hmm.

Ramadhan ini bulan istimewa, semua orang mesti ada planning dan persediaan. Ramadhan kita pasti lebih bermanfaat dan memberi kesan berpanjangan.

Mana tahu ia Ramadhan kita yang terakhir.

Ida ada terjumpa satu checklist yang sangat bagus dicuba oleh semua.

Jom semak

Pertama: Jaga Kesihatan

Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat.

Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

 

Kedua: Hukum Berkaitan

Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

 

Ketiga: Amalan sunat

Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah.

Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

 

Keempat: Azam

Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah.

Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂

 

Kelima : Berdoa

Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan

 

Keenam: Bangun Malam

Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan

 

Ketujuh: Menjaga Lidah

Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia.

Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

 

Kelapan : Peringatan

Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan

 

Kesembilan : Semakan amalan

Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas

sumber: https://akuislam.com/

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya.

Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.

Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.

Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.

Semoga persediaan kita dapat membantu kita dapatkan keberkatan sebulan Ramadhan yang menjadi rebutan semua orang Mukmin

Related Posts

One thought on “9 Checklist Persediaan Untuk Ramadhan, Yang Keenam Dah Kena Mula Awal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge